Tuesday, January 25, 2011

BENGKEL PENULISAN WANITA IKRAM WILAYAH PERSEKUTUAN


Pada tarikh 22hb Januari 2011, Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan telah mengadakan satu bengkal kepada para penulis dikalangan akhawat di dalam daerah. Bengkel penulisan bertema ‘JOM BUAT CORETAN KREATIF’ telah diadakan di Pusat Komuniti JIM, Taman Melawati bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.Bengkel ini telah diadakan untuk mencapai objektif melahirkan ramai penulis dikalangan akhawat terutama dalam penulisan bagi memenuhi slot ‘Wanita dan Syariah’ yang memenuhi ruangan di blog Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan. 
Antara peserta yang hadir. Agak santai dan penuh berkongsi hasil karya.
Bengkel ini telah dihadiri oleh 2 peserta mewakili IKRAM daerah Lembah Pantai, 2 perserta mewakili IKRAM daerah Setiawangsa, 2 peserta mewakili IKRAM daerah Batu, 2 peserta mewakili IKRAM daerah Bandar Tun Razak dan seorang peserta mewakili IKRAM daerah Putrajaya.
Penceramah jemputan adalah Prof Madya Dr Umi Kalthum Ngah yang diundang daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau yang juga merupakan seorang penulis novel terkenal ditanahair telah berkongsi pengalaman penulisan, ilmu dan teknik penulisan kreatif seperti teknik Jibunsyi, teknik Kawakita Jiro (KJ) dan teknik Surah Yusof.  Beliau juga telah menjadikan bengkel ini begitu menarik penuh dengan aktiviti melibatkan semua peserta dengan aktiviti seperti aktiviti ‘Larian Mata Pena’, ‘Mencari Gaya Penulisan’, ‘Bermain Kata-Kata’, ‘Kembara Bisu’ dan ‘Cerita Tidak Bertuan’.
Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan buat PM Dr Umi.
Setiap peserta telah memberikan komen yang memberangsangkan kerana rata-rata peserta telah dapat menulis dengan baik pada akhir sesi bengkel dijalankan.  Peserta mempunyai harapan agar lebih banyak bengkel seumpama ini diadakan dan dibuka kepada lebih ramai peserta di masa akan datang.  Peserta juga menyuarakan pendapat agar kelab rakan pena IKRAM ditubuhkan untuk memantapkan lagi bidang penulisan dengan bertukar-tukar tips, pengalaman dan juga berfungsi untuk memantapkan lagi bidang penulisan.
Kesimpulannya, bengkel ini amat bermanfaat dan telah mencapai objektif.

About

My photo
Ukhuwah Teras Kegemilangan

Tuliskan sebarang pertanyaan/ kemusykilan/ masalah anda di sini:

Nama:
Emel:
Soalan Anda:

Get your own free form like this one.