Saturday, June 25, 2011

KEKUATAN TANPA KEKERASAN

Ini adalah suatu kisah inspirasi yang seharusnya menjadi teladan buat kita semua, khususnya para ibubapa dan pendidik...
Dr Arun Gandhi (cucu kepada Mahatma Gandhi) bercerita:
"Ketika berusia 16 tahun, saya dan dua adik perempuan saya tinggal bersama ibubapa di sebuah yayasan, yang didirikan oleh datuk saya di tengah-tangah kebun tebu, 18 KM di luar kota Durban, Afrika Selatan. Kami tinggal jauh di pendalaman dan tidak mempunyai jiran tetangga. Oleh kerana itu, setiap kali ada kesempatan pergi ke bandar, pasti kami tidak akan melepaskan peluang dengan mengunjungi teman atau menonton wayang di pawagam.

Pada suatu hari, ayah meminta saya menghantar dia ke satu conference yang perlu di hadirinya. Pada waktu yang sama ayah juga meminta saya melakukan beberapa perkara termasuk menghantar kereta untuk di service di bengkel. Ketika sampai di tempat conference ayah berpesan; "Ayah akan tunggu kamu di sini pada jam 5 nanti." Setelah itu saya pun menghantar kereta ke bengkel dan cepat-cepat menyelesaikan semua tugas yang di minta oleh ayah agar saya dapat mencuri waktu untuk menonton wayang. Seronok dan leka menonton 2 tayangan cerita lakonan John Wayne, tanpa saya sedar, jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Saya pun apa lagi..terburu-buru mengambil kereta di bengkel dan terus menjemput ayah. 

Dari jauh telah kelihatan ayah begitu sabar menunggu. Apabila masuk sahaja dalam kereta dengan tenang ayah bertanya. "Apa yang menyebabkan kamu terlambat, nak?" Malu saya nak mengaku yang saya lambat kerana tengok wayang. Spontan saya berbohong; "Lama di bengkel. Kereta lambat siap." Padahal, ternyata tanpa pengetahuan saya, rupa-rupanya ayah telah menelefon bengkel tersebut. Dan kini..ayah tahu saya telah berbohong. Ayah berkata; "Ada sesuatu yang salah dalam membesarkan kamu sehingga kamu tidak memiliki keberanian untuk menceritakan kebenaran kepada ayah. Untuk menghukum kesalahan ayah ini, ayah akan pulang ke rumah dengan berjalan kaki untuk memikirkannya baik-baik.

Lalu dengan tenang ayah turun dan mula berjalan kaki pulang ke rumah yang jauhnya lebih dari 18km, sedangkan waktu itu hari sudah mula gelap dan keadaan jalan kurang baik. Tak sanggup meninggalkan ayah, saya 'menemani'nya dengan membawa kereta perlahan-lahan di belakang ayah selama 5 jam setangah. Melihat kesedihan yang dialami oleh ayah hanya kerana satu kebohongan bodoh yang saya lakukan, saya merasa menyesal sekali dan sejak itu saya bertekad tidak akan pernah lagi berbohong.

Dr Arun melanjutkan, "Seringkali saya berfikir mengenai peristiwa ini dan merasa hairan. Seandainya Ayah menghukum saya sebagaimana kita menghukum anak-anak kita, maka apakah saya akan mendapatkan SEBUAH PELAJARAN MENGENAI KESALAHAN TANPA KEKERASAN? Saya kira tidak, saya akan menderita atas hukuman itu dan akan mengulangi melakukan hal yang sama lagi. Tetapi, hanya dengan satu tindakan tanpa kekerasan yang sangat luar biasa, dapat menyedarkan saya dan memberi kesan yang sungguh mendalam sehingga saya merasa kejadian itu baru saja terjadi kemarin. Itulah KEKUATAN TANPA KEKERASAN."
*******
Ternyata selama ini kita terlalu cepat menghukum anak-anak apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan. Kita tidak pernah terfikir bahawa kesalahan yang mereka lakukan itu mungkin berpunca dari kesilapan kita dalam mendidik mereka. Membaca kisah di atas membuat saya lama termenung, menilai kembali betapa banyaknya kesilapan yang telah saya lakukan dalam mendidik anak-anak. Kalau lah saya menghukum diri seperti kisah di atas, agak-agaknya berapa jauh saya harus berjalan ya...?? Mungkin dari Selatan ke Utara pun belum tentu mencukupi.

Photo ehsan: Google

Tuesday, June 21, 2011

KISAH KEHIDUPAN: BUKAN SEKADAR CINTANYA LAILA MAJNUN

Based on True Story…
Namanya Suyatno. Usia 58 tahun. Setiap hari masanya diisi dengan merawat isteri yang sakit. Mereka telah berkahwin lebih dari 32 tahun. Dikurniakan 4 orang anak. Di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat. Tiba-tiba kaki isterinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun. Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuh isterinya menjadi lemah bahkan terasa bagai tidak bertulang, lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuap dan 'mengendong' isterinya. Sebelum pergi kerja dia akan meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu ingin melihat isterinya tersenyum. 

Suyatno beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga memudahkan untuk dia pulang pada waktu makan tengah hari bagi menyuapkan isterinya makan. Petang, dia pulang memandikan isterinya, menggantikan pakaian dan selepas maghrib dia akan menemani isterinya menonton TV sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian. Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan response), Suyatno merasa cukup bahagia bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Suyatno selama lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya sambil membesarkan ke empat-empat buah hati mereka. Sekarang, anak-anak mereka sudah dewasa, tinggal si bongsu yang masih kuliah. Pada suatu hari, ke empat-empat anak Suyatno berkumpul di rumah Suyatno. (Setelah menikah anak-anaknya tinggal dengan keluarga masing-masing.). Anak-anaknya berkumpul dengan niat dan harapan yang baik buat kedua orang tua mereka.

Dengan kalimat yang cukup berhati-hati, anak yang sulung berkata, “Ayah, kami ingin sekali merawat dan menjaga ibu. Semenjak kami kecil kami melihat ayah merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir ayah, bahkan ayah tidak mengizinkan kami menjaga ibu kerana tidak mahu mengganggu pelajaran kami.” Dengan air mata berlinangan anaknya melanjutkan kata-kata…
“Kami mengizinkan ayah untuk menikah lagi, kami rasa ibu pun akan mengizinkannya dan mengerti. Sampai bila ayah mau menghabiskan sisa masa tua ayah, dengan berkorban seperti ini… Kami tak sampai hati melihat ayah bersusah payah… Kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara berganti,” ujar anaknya yang sulung merayu.

Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.
“Anak-anakku… Jika hidup di dunia ini hanya sekadar untuk nafsu, mungkin ayah akan berkahwin lagi. Tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku, itu sudah lebih dari mencukupi. Dia telah melahirkan kalian…” Sejenak kerongkongnya tersekat… “Kalian yang selalu kurindukan, hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaan dirinya seperti ini? Kalian menginginkan ayah bahagia… Apakah batin ayah dapat bahagia dengan meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang? Kalian menginginkan ayah yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dijaga oleh orang lain. Bagaimana dengan ibu kalian yang masih sakit?”
Sejenak meledaklah tangis anak-anak Suyatno. Mereka pun melihat ada butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibu mereka…Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu.

Sampailah akhirnya Suyatno diundang oleh salah satu station TV untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Suyatno. “Kenapa Pak Suyatno mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?” Ketika itu Suyatno menangis… Tetamu yang hadir di studio itu yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru.

Disitulah Suyatno bercerita… “Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai dengan ikhlas kerana Allah maka semuanya akan luntur.
“Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya. Ketika dia sihat dulu, dia juga dengan sabar melayan saya. Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya. Dan dia memberi saya 4 orang anak yang baik-baik. Sekarang dia sakit, berkorban untuk saya… Dan itu merupakan ujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. Apatah lagi dia sakit. Setiap malam saya bersujud dan menangis, saya mengadu kepada Allah di atas sejadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin, hanya kepada Allah lah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya… kerana DIA maha Mendengar…
Kisah Cinta ini dipetik dari Rumahku Syurgaku.
Susah senang bersama:Mengharap Cinta Tulus (Photo ehsan Google)
Suatu kisah cinta yang menyentuh hati. Kesetiaan seorang suami terhadap isteri. Cinta yang bukan sekadar berlandaskan hawa nafsu. Bukan juga Cinta Buta dan Jahil seperti Cintanya Juliet dan Romeo atau Laila Majnun mahupun Uda dan Dara..tapi Cinta Tulus Penuh Ikhlas dalam ikatan pernikahan yang disertakan PENGORBANAN, EHSAN dan KESETIAAN.
 ***********
33 tahun lalu saya menyaksikan sendiri akan kesetiaan dan kesabaran seorang lelaki yang saya panggil Abah, dalam merawat dan menjaga Emak yang lumpuh separuh badan. Emak juga tak boleh berbicara selain mengeluarkan 3 perkataan sahaja: "Allah" ketika dia merasa sangat sakit dan "Abah" atau "Lala" (salah seorang kakak saya)" ketika dia memerlukan apa-apa. Walau abah di uji hanya setahun kerana setelah itu Emak pergi meninggalkan kami buat selamanya, tapi masih terbayang di ruang mata saya bagaimana abah bergelut dalam tanggungjawabnya sebagai seorang ayah yang perlu mencari rezeki dan pada waktu yang sama harus menguruskan semua keperluan emak yang lemah tidak berdaya. Memandikannya, menyuapkan makanan, mendukung emak ke sana ke mari (waktu itu kami tidak punya wheel chair) dan kemudian bergegas pergi ke sekolah (abah seorang guru). Setiap malam sambil memicit seluruh tubuh emak, abah tak lupa bertanya akan hal pelajaran kami anak-anaknya. Setiap hujung minggu dan cuti sekolah abah sibuk menghantar emak berubat di merata pelosok negeri. Saudara mara khususnya dari kaum ibu-ibu yang melihat kesabaran abah menjaga emak sering terharu dan berbisik sesama mereka..."Kalaulah kita sakit seperti itu, apakah suami kita akan sabar dan setia menjaga kita?" Iya, apakah masih ramai lelaki di luar sana yang punya cinta yang tulus setia seperti Suyatno dan 'Abah'. Mungkin satu dalam seribu..atau mungkin juga Seratus dalam Seribu...Wallahualam..Kita tidak tahu..SEHINGGA CINTA ITU DI UJI.
BIASAKAH KITA DENGAN SOLAT SUNAT WUDUK?

 Daripada 'Uqbah bin 'Amir r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak seorangpun yang berwuduk kemudian menyempurnakan wuduknya lalu solat dua rakaat dengan menghadapkan hati dan wajahnya kecuali ia berhak mendapat syurga".
 (riwayat Muslim, Abu Daud dan yang lainnya)

 Dalam hadis riwayat al-Bukhari 4/428 [no 1149]dan Muslim 16/141 [no 6478] :
Daripada Abu Hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal:

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ أَبِى حَيَّانَ عَنْ أَبِى زُرْعَةَ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - أَنَّ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ لِبِلاَلٍ عِنْدَ صَلاَةِ الْفَجْرِ « يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِى بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِى الإِسْلاَمِ ، فَإِنِّى سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَىَّ فِى الْجَنَّةِ » . قَالَ مَا عَمِلْتُ عَمَلاً أَرْجَى عِنْدِى أَنِّى لَمْ أَتَطَهَّرْ طُهُورًا فِى سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِى أَنْ أُصَلِّىَ . قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ دَفَّ نَعْلَيْكَ يَعْنِى تَحْرِيكَ
Wahai Bilal ceritakan kepadaku tentang amal yang baik dalam Islam. Sebab aku mendengar suara kedua-dua seliparmu berada di Syurga.Bila menjawab: " Aku tidak mengerjakan amalan paling baik kecuali aku tidak pernah bersuci siang mahupun malam melainkan aku bersolat setelah aku bersuci tersebut sedapat mungkin.
Demikianlah kelebihan yang Allah sediakan kepada hamba-bambanya yang menjaga dan mengamalkan sejenis solat sunat yang jarang diambil berat oleh kebanyakan daripada kita. Bahkan apabila kita berbicara tentang solat sunat wuduk ini, ada orang yang bertanya: "eh ada ke solat sunat wuduk? Rasulullah ada buat ke? Persoalan sebegini mungkin bukan daripada seorang dua dari kalangan kita, bahkan mungkin ramai lagi yang tidak perasan akan pentingnya solat ini selain daripada solat sunat rawatib, solat sunat dhuha, solat tahiyyatul masjid dan lain-lain.
Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita jadikan amalan solat sunat wuduk ini sebahagian daripada amalan-amalan kecintaan dan kasih kita kepada sunnah Rasulullah s.a.w.  Bagi orang yang sentiasa dalam keadaan berwuduk, akan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan solat sunat ini. Berganda-gandalah tenaga dan kekuatan yang diberikan oleh Allah kepada hambanya bukan sahaja melalui amalan berwuduk, bahkah melalui amalan-amalan fardhu dan ditambah pula dengan amalan-amalan sunat.
Disediakan oleh,
Ustazah  Zaimah Yaha.

Saturday, June 11, 2011

Khilafiyyah: Kata-kata Al-Syaikh Hasan Al-Banna

Khilafiyyah: Kata-kata Al-Syaikh Hasan Al-Banna: "Perselisihan fiqh pada perkara-perkara furuk tidak seharusnya menjadi punca perpecahan dalam agama dan mengheret kepada permusuhan dan benci..."
TIJARAH

Wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad dijalan-Nya dengan harta dan dirimu dengan dibalasi syurga di sisi Allah swt.

Fitrah manusia amat suka kepada perniagaan apabila aktiviti itu mendatangkan keuntungan. Rasulullah saw menjalankan perniagaan ketika umur baginda masih muda. Dalam Islam banyak disentuh tentang hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan. Bahkan dalam hadis juga disebutkan 90% punca rezeki itu adalah daripada bidang perniagaan. Dengan berniaga atau menjadi usahawan, kita bebas mengatur kewangan sendiri, dapat mengatur urusan keluarga, anak-anak dengan lebih fleksibel. Kita juga dapat membahagikan masa dengan  lebih mudah agar segala tugas dan kewajipan dapat terlaksana dengan lebih baik. Apalagi untuk kita yang ingin berbakti terhadap Islam dan dakwah yang amat mulia ini. Adakalanya pendapatan tak seberapa, namun keberkatan itu dapat kita rasakan kalau memang pekerjaan yang kita lakukan itu ikhlas kerana Allah swt.

Setiap orang yang berniaga pasti mengharapkan keuntungan berlipatkali ganda. Tetapi tidak semua perniagaan dapat memberikan keuntungan. Kita banyak mendengar para usahawan yang mengalami kerugian beberapa kali sebelum mereka memperolehi keuntungan. Kerugian ini sangat memberikan impak dan kesan yang besar dalam kehidupan mereka, apalagi sekiranya mereka telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk modal usaha mereka. Kerugian ini dapat menimbulkan kesan psikologi yang negatif terhadap diri usahawan dan keluarga mereka. Sekiranya usahawan tersebut tidak menyandarkan segala masalahnya pada Rabb semesta alam, sudah pasti beliau menjadi seorang yang pesimis, putus asa, menyalahkan diri sendiri dan orang lain, dan yang terakhir, nau’zhubillah ada kecenderungan untuk mengakhiri riwayat diri sendiri.    

Namun berbeza bagi seorang muslim yang mukmin, segalanya adalah positif. Sekiranya dia dikurniakan kebaikan, dia bersyukur dan sekiranya dia ditimpa kesusahan, dia bersabar dan menyerahkan segalanya kepada Allah swt yang Maha Mengetahui.

Bagi usahawan yang berjaya dalam perniagaan selalunya mereka menjadi orang-orang yang sangat cinta akan perniagaannya, sehingga seluruh kemampuannya akan dikerahkan untuk mengembangkan lagi perniagaan tersebut. Ini adalah fitrah manusia. Namun bagi seorang mukmin, walau bagaimana berjaya sekalipun perniagaan dunia yang beliau lakukan, perniagaan dengan Allah swt sahajalah yang menjadi keutamaan mereka. Perniagaan dunia ini hanyalah jambatan atau syarat yang digunakan untuk melaksanakan perniagaan dengan Allah swt. Oleh sebab itulah seorang muslim biasa-biasa hanya menafkahkan wang infaq mengikut peratus yang ditetapkan, tetapi seorang mukmin yang cintakan Islam akan menginfaqkan seluruh atau separuh daripada hartanya untuk Islam. Itulah yang terjadi pada  Abu Bakar As-Siddiq  dan  Umar Al-Khattab. Bahkan para sahabat Rasulullah saw berlumba-lumba untuk hal yang sama. Sehingga  Umar mengakui bahawa beliau tidak dapat menandingi Abu Bakar yang menginfakkan seluruh hartanya untuk Islam dan dakwah ini. Apabila ditanyakan kepada  Abu Bakar apakah yang beliau tinggalkan untuk isteri dan anak-anaknya maka beliau menjawab bahawa Allah dan Rasul-Nya sahajalah cukup untuk keluarganya. Jawapan seperti ini hanya akan diberi oleh seorang yang sangat kuat aqidahnya. Apakah semuanya ini dapat terjadi secara kebetulan atau kerana peribadi Abu Bakar yang kita kenali sebagai seorang yang berkapabiliti? Semuanya ini tidak terjadi secara kebetulan,saudara-saudaraku. Semuanya ini terjadi hasil dari madrasah tarbiyah didikan penghulu para rasul, nabi Muhammad saw.

Sesungguhnya harta yang disukai oleh Allah adalah harta yang berada di tangan orang yang beriman. Ini disebabkan orang yang beriman memahami bahawa harta tersebut adalah milik Allah.Dia yakin sekiranya Allah menghendaki harta tersebut akan diambil pada bila-bila masa sahaja. Seorang mukmin memahami dalam harta tersebut ada hak orang yang memerlukan, jadi beliau mengeluarkan zakatnya. Seorang mukmin juga memahami bahawa sebaik-baik tauladan adalah Rasulullah saw sehingga beliau berusaha untuk hidup secara sederhana walaupun beliau mampu. Kesederhanaan itu tidak sampai menghalangi beliau dari mempunyai keperluan hidup primer yang sangat membantu kehidupan supaya dapat berjalan lebih efektif. Kesederhanaan itu mengajar beliau supaya menjauhi keperluan hidup sekunder atau tertier yang lebih kepada pembaziran.

Suatu ketika dahulu pada zaman Rasulullah saw, ada seorang sahabat yang terlalai daripada solatnya sehingga apabila ditanya oleh Rasulullah saw akan sebabnya, beliau menjawab kerana terpegun melihat keindahan kebun miliknya berserta unggas di dalamnya. Sehingga Rasulullah saw menegurnya bahawa kebun tersebut telah menjadi fitnah kepadanya. Akhirnya sahabat tadi telah menginfaqkan kebunnya itu untuk kepentingan Islam kerana tidak mahu kebun itu menjadi penghalang atau fitnah kepada beliau untuk mendapatkan syurga Allah.

Pada suatu hari seorang ikhwah anggota gerakan IM datang lambat ke mesyuarat. Maka imam Hassan Al Banna telah menyelidiki hal tersebut kerana pada kebiasaannya ikhwah tersebut adalah seorang yang sangat menepati waktu. Setelah diselidiki diketahui bahawa ikhwah tersebut telah menjual basikal yang memang hanya satu kepunyaannya untuk kegunaan setiap hari. Basikal tersebut telah dijual supaya duit hasil jualan itu diinfaqkan oleh beliau untuk keperluan dakwah pada saat itu. Berinfaq bukanlah hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berharta, tapi juga oleh orang-orang yang sangat memerlukan harta. Semoga Allah merahmati saudara kita tadi.

Marilah kita merenung firman Allah dalam QS Al Baqarah ayat 273, ” (Apa yang kamu infaqkan) adalah untuk orang-orang fakir yang terhalang usahanya kerana jihad di jalan Allah,sehingga dia tidak dapat berusaha di bumi; orang lain yang tidak tahu menyangka bahawa mereka adalah orang-orang kaya kerana mereka menjaga diri dari meminta-minta. Engkau(Muhammad) mengenal mereka dari ciri-cirinya, mereka tidak meminta secara paksa kepada orang lain. Apapun harta yang baik yang kamu infaqkan, sungguh Allah maha mengetahui. ”

Para sahabat di zaman Rasulullah adalah orang-orang yang menjadi sukarelawan muslim dan dakwah. Hidupnya adalah untuk dakwah, pekerjaannya untuk dakwah, pendapatannya juga untuk dakwah dan keutamaan pertama dalam hidup mereka adalah dakwah. Seluruh pemikiran, pekerjaan setiap hari, aktiviti fizikal, bahkan tidurnya lebih berfokus kepada dakwah. Kita telah membaca dalam sejarah bahawa fasa Mekah hanyalah 13 tahun dan fasa Madinah adalah 10 tahun. Islam tertegak dalam masa hanya 23 tahun! Peperangan demi peperangan yang terjadi beberapa kali dalam setahun sehingga sebenarnya para sahabat hanya dapat mengurus keluarganya cuma dalam masa tak sampai 5 bulan dalam setahun. Kita dapat membayangkan begitu banyak keterbatasan yang mereka miliki akibat masa yang lebih banyak ditumpukan untuk dakwah tadi.

Siapakah yang membantu mereka?

 Allah Maha Adil. Di kalangan para sahabat ada beberapa orang yang boleh kita sebutkan jutawan. Bukan suatu dongengan apabila kita juga membaca sejarah bahawa ada sahabat yang menginfaqkan kebunnya yang berhektar,  Othman bin Affan telah membeli perigi sumber mata air (dari orang Yahudi) untuk kegunaan seluruh penduduk di suatu daerah. demikian juga Khadijah binti Khuwailid membantu Rasulullah saw dengan seluruh jiwa dan hartanya sehingga akhir hayatnya beliau tidak punya apa-apa.

Seorang mukmin mempunyai izzah dan maruah diri yang tinggi. Beliau tidak akan meminta-minta kepada orang disebabkan kekurangan hidup yang mereka alami. Namun ciri-ciri mereka dapat kita lihat dengan jelas sepertimana yang diungkapkan oleh Allah dalam firman-Nya di atas tadi. Cuba kita bertanya pada diri, apakah kita layak dikatakan beriman sekiranya jiran kita kelaparan sedangkan kita tidur kekenyangan?

Kebijaksanaan dalam mengurus harta yang dilakukan oleh seorang mukmin dapat kita abadikan dengan jelas pada zaman pemerintahan khalifah Umar b. Abd Aziz. Beliau hidup dalam kesederhanaan sementara semua rakyat hidup dalam kesejahteraan, sehingga untuk mencari orang-orang yang memerlukan zakat adalah sesuatu yang sukar di zaman pemerintahannya.

Jadi, perniagaan yang macamana yang mesti kita lakukan untuk mendapatkan keuntungan di dunia dan akhirat?
Berniagalah dengan Allah swt yang menguasai rezeki di seluruh alam. Kita mesti tidak akan rugi, baik di dunia ataupun di akhirat. Iaitu kita beriman kepada Allah dan Rasulullah saw, berjihad di jalan-Nya dengan harta dan jiwa kita. Kita bersama-sama dengan golongan orang-orang yang seperti ini, kerana pekerjaan ini tidak dapat dilakukan secara persendirian. Mereka adalah orang-orang yang telah dipilih oleh Allah.

 Bagaimana dengan orang-orang yang tidak pernah berniaga? Cubalah supaya ada suatu usaha kecil walaupun anda telah ada pekerjaan tetap dengan gaji setiap bulan, kerana pasti anda akan merasakan bahawa berniaga itu adalah hal yang berbeza, yang lebih menguji minda dan iman anda. Sesuatu pendapatan yang kita dapatkan dengan hasil titikpeluh sendiri adalah kemanisan yang sukar digambarkan dan dikongsikan dengan orang yang tidak pernah mengalaminya. Sepertimana juga sekiranya anda adalah orang yang sering menerima, anda tidak dapat merasakan bagaimana kebahagiaan dan kepuasan yang dirasakan oleh orang yang memberi.

Semuanya ini melatih diri kita dan melatih kemampuan kita memahami orang lain dengan lebih baik, secara tidak langsung ukhuwwah sesama kita akan dapat dipereratkan. Namun sekiranya anda tidak mahu berniaga dengan manusia, maka berniaga dengan Allah adalah pilihan yang paling tepat, kerana anda tidak akan risau dengan kerugian.
Bahkan keuntungan yang dijanjikan adalah berlipatkali ganda.

Berjihad dengan harta kita tidak sama dengan bersedekah dengan harta kita. Begitu juga tidak sama antara hanya memberikan harta tapi diri kita sendiri tidak ikut serta bekerja untuk kepentingan Islam. Yang diminta oleh Allah swt adalah kedua-duanya- harta dan diri kita, kerana Allah telah menyiapkan balasan untuk itu semua, iaitu SYURGA yang ABADI.

Wallahua’lam.

Zurimah

Wednesday, June 8, 2011

Wanita Berjiwa Besar




Wanita berjiwa besar itu,
Punya wawasan
punya cita-cita,
Punya jati diri
Punya cinta sejati

Wanita berjiwa besar itu
Dalam dadanya ada iman
Dalam hatinya ada Islam
Dalam sanubarinya ada ihsan
Pada dirinya ada tauladan

Wanita berjiwa besar itu,
Pada kata-katanya terlafaz kalam-kalam Tuhan
Dalam pandangannya terfokus keredhaan
Dalam langkahnya terhunus keikhlasan

Wanita berjiwa besar itu
Pergantungannya teguh pada Pencipta
Malamnya suluk Abidah
Siangnya suluk mujahadah
Tidurnya ibadah, jaganya ibadah.

Wanita berjiwa besar itu
Di hadapannya wira Ummah
Di belakangnya pewaris dakwah
Di sisinya Wadah Jamaah
Di atasnya Arasy Allah
Di bawahnya Ardhullah

Wanita berjiwa besar itu
Mujahidah  sejati
Menginginkan jiwa-jiwa yang lebih besar
Merajai perjuangan
Bersatu dalam medan
Menjulang panji Islam.
Allahu Akbar!!

About

My photo
Ukhuwah Teras Kegemilangan

Tuliskan sebarang pertanyaan/ kemusykilan/ masalah anda di sini:

Nama:
Emel:
Soalan Anda:

Get your own free form like this one.