Thursday, July 21, 2011

BENARKAH KITA KADER DAKWAH???

Benarkah kita kader dakwah ? Kader dakwah itu memiliki kefahaman yang utuh. Faham akan falsafah dasar perjuangan, faham akan nilai-nilai yang diperjuangkan, faham akan cita-cita yang hendak dicapai, faham akan jalan yang harus dilalui. Kader dakwah memiliki pemahaman yang komprehensif. Faham akan tahapan-tahapan untuk merealisasikan tujuan, faham akan turutan setiap tahapan, faham akan logik tentangan yang menyertai setiap tahapan, faham bahawa di setiap tahapan dakwah memiliki tingkat risiko yang berlainan. Kefahaman kader dakwah terus berkembang.
Benarkah kita kader dakwah ? Kader dakwah itu memiliki keikhlasan yang tinggi. Ikhlas ertinya bekerja hanya untuk Allah semata, bukan untuk kesenangan diri sendiri. Sangat banyak godaan di sepanjang perjalanan dakwah, baik berupa harta, kekuasaan dan godaan syahwat terhadap pasangan jenis. Hanya keikhlasan yang akan membuat para kader bisa bersikap dengan tepat menghadapi segala bentuk godaan dan dinamika dakwah. Sangat banyak peristiwa di sepanjang perjalanan dakwah yang menggoda para kader untuk meninggalkan jalan perjuangan. Ikhlas adalah penjaga keberlanjutan dakwah.
Benarkah kita kader dakwah ? Kader dakwah itu memiliki amal yang berkesinambungan. Amal dalam dakwah bukanlah jenis amal yang setengah-setengah, spontan dan tanpa perencanaan. Sejak dari perbaikan diri dan keluarga, hingga upaya perbaikan masyarakat, bangsa, negara bahkan dunia. Amal dalam dakwah memiliki tahapan yang jelas, memiliki tujuan yang pasti, memiliki orientasi yang hakiki. Kader dakwah tidak hanya beramal di satu marhalah dan meninggalkan marhalah lainnya. Kader dakwah selalu mengikuti perkembangan mihwar dalam dakwah, kerana itulah amal yang harus dilalui untuk meretas peradaban.
Benarkah kita kader dakwah ? Kader dakwah itu memiliki etos jihad yang abadi. Jihad dalam bentuk kesungguhan, keseriusan, dan kedisiplinan dalam menggapai visi dakwah yang hakiki. Kesungguhan membela hak-hak umat, kesungguhan mendidik masyarakat, keseriusan mengusahakan kesejahteraan masyarakat, kedisiplinan dan menyelesaikan persoalan kehidupan yang semakin kompleks. Kader dakwah harus memberikan kesungguhan dalam menjalankan semua agenda dakwah, hingga menghasilkan produktiviti yang lengkap dan sempurna, di lahan apapun mereka bekerja. Itulah makna jihad dalam konteks perjalanan aktivitas dakwah.
Benarkah kita kader dakwah ? Kader dakwah itu memiliki pengorbanan yang tak terhingga nilainya. Dakwah tidak mungkin akan bisa dijalankan tanpa pengorbanan. Sejak dari pengorbanan harta, waktu, tenaga, fikiran, fasiliti, hingga pengorbanan jiwa. Rasa lelah, rasa jenuh, rasa letih selalu mendera jiwa raga, kesenangan diri telah dikorbankan demi tetap berjalannya roda dakwah. Aktiviti dijalani sejak berpagi-pagi hingga malam hari. Kadang harus bermalam hingga beberapa lamanya, kadang harus berjalan pada jarak yang tak terukur jauhnya, kadang harus memberikan kontribusi harta pada kondisi diri yang belum mapan dari segi ekonomi. Pengorbanan tanpa jeda (pause), itulah ciri kader dakwah yang setia.
Benarkah kita kader dakwah ? Kader dakwah itu memiliki ketaatan kepada prinsip, keputusan organisasi, dan kepada pemimpin. Prinsip-prinsip dalam dakwah harus dilaksanakan dengan sepenuh ketaatan. Taat kepada foundation manhaj adalah bagian penting yang akan menghantarkan dakwah pada tujuannya yang mulia. Taat kepada keputusan organisasi merupakan syarat agar kegiatan dakwah selalu terbingkai dalam sistem amal jama’i. Taat kepada pemimpin merupakan tuntutan agar pergerakan dakwah berjalan secara efektif pada upaya pencapaian tujuan. Ketaatan bukan hanya terjadi dalam hal-hal yang sesuai dengan pendapat pribadi, namun tetap taat terhadap keputusan walaupun bertentangan dengan pendapatnya sendiri.
Benarkah kita kader dakwah ? Kader dakwah itu memiliki keteguhan tiada henti. Kader dakwah harus selalu tegar di jalan dakwah, kerana perjalanan amatlah panjang dengan berbagai gangguan dan tentangan yang menyertainya. Teramat banyak aktivis dakwah semasa, dimana mereka memiliki semangat yang menyala pada suatu ketika, namun padam seiring berjalannya usia. Ada yang bertahan tatkala mendapat ujian kekurangan harta, namun menjadi gugur saat berada dalam keberlimpahan harta dunia. Ada yang tegar saat dakwah dilakukan di jalanan, namun tidak tahan saat berada di pucuk kekuasaan. Kader dakwah harus berada di puncak kemampuan untuk selalu bertahan.
Benarkah kita kader dakwah ? Kader dakwah itu memiliki kemurnian dan kebersihan dalam orientasi aktivitasnya. Sangat banyak faktor yang mengotori kebersihan orientasi dakwah. Ada kekotoran cara mencapai tujuan. Ada kekotoran dalam usaha mendapatkan harta. Ada kekotoran dalam langkah menggapai kemenangan. Kader dakwah harus selalu menjaga kemurnian orientasinya, tidak berpaling dari kebenaran, tidak terjebak dalam kekotoran. Karena dakwah memiliki visi yang bersih, sehingga harus dicapai dengan langkah dan usaha yang bersih pula.
Benarkah kita kader dakwah ? Kader dakwah itu memiliki solidaritas, persaudaraan dan kebersamaan yang tinggi. Ukhuwah adalah sebuah tuntutan dalam menjalankan agenda-agenda dakwah. Semakin besar tantangan yang dihadapi dalam perjalanan dakwah, harus semakin kuat pula ikatan ukhuwah di antara pelakunya. Kader dakwah saling mencintai satu dengan lainnya, saling menyokong, ssling mendukung, saling menguatkan, saling meringankan beban, saling membantu keperluan, saling berbagi dan saling mencukupi. Kader dakwah tidak mengobarkan dendam, iri dan benci. Kader dakwah selalu membawa cinta, dan menyuburkan dakwah dengan sentuhan cinta.
Benarkah kita kader dakwah ? Kader dakwah itu memiliki tingkat kepercayaan yang tak tertandingi. Berjalan pada rentang waktu yang sangat panjang, dengan tentangan yang semakin kuat menghadang, menghajatkan tingkat kepercayaan prima antara satu dengan yang lainnya. Berbagai isu, berbagai fitnah, berbagai tuduhan tak akan menggoyahkan kepercayaan kader dakwah kepada para pemimpin dan kepada sesama kader dakwah. Berbagai caci maki, berbagai lontaran benci, berbagai pelampiasan kesumat, tak akan mengkerdilkan kepercayaan kader terhadap langkah dakwah yang telah dijalaninya.
Jadi, benarkah kita kader dakwah???

Pak Cah: Terus berusaha. Terus Berkarya. Hingga Akhir Usia.

Tuesday, July 19, 2011

 

Suratku kepada suami muslim yang mulia,

Assalamu’alaikum wr.wb.

Aku suka memanggil kamu dengan nama di atas. Ia bukan satu panggilan tradisi, sebaliknya ia satu panggilan yang disukai dan digemari Rasulullah s.a.w.. Aku akan beritahu kamu selepas ini dengan izin Allah, kenapa nama ini dipilih.

Adapun sebab aku menulis surat ini ialah beberapa aduan daripada akhawat anggota jamaah IM telah sampai kepadaku. Begitu juga aduan daripada akhawat yang bukan anggota IM. Meskipun aku rasa bertuah kerana diberi peluang hadir di muktamar akhawat yang diadakan beberapa minggu yang lalu di dewan muktamar university al-Azhar di bawah slogan: al-mar’ah al-Misriyyah… min athaurah ila an-nahdhah (Wanita Mesir.. dari revolusi kepada kebangkitan memajukan negeri), dan aku telah berbicara kepada mereka tentang kewajipan wanita di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, tetapi kita mesti tahu bahawa di sana terdapat hak-hak mereka daripada lelaki yang merupakan tanggungjawab aku dan tanggungjawab kamu.

Sesungguhynya aku memilih untuk berbicara kepada kamu secara langsung, mengingatkan kamu peranan yang dipikulkan Allah ke atas bahu kamu, yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu ketika baginda berada di ambang kematian. Ia merupakan wasiat terakhir yang paling berharga pernah diungkapkan oleh orang yang berwasiat.

Tuhan yang memiliki kebesaran berpesan kepada kamu supaya menjadikan hubungan kamu dengan isteri kamu bertunjangkan mawaddah dan rahmat, dibaluti kesedaran akan masuliah (pertanggungjawaban). Maka kamu adalah pengemudi bahtera keluarga. Kepimpinan kamu adalah kepimpinan yang berupa pertanggungjawaban, bukan penghormatan. Tuhan kamu berpesan supaya kamu jangan lupa kerana jika kamu lupa, kamu akan dilupakan. “… dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Al-Baqrah:237). Al-fadhl ialah kamu memberi lebih banyak daripada kamu meminta, kamu mengambil hak kamu lebih sedikit daripada yang sepatutunya.

Dia berkata kepada kamu, bahawa kamu melindungi isteri, anak-anak daripada kemudaratan dan perkara yang membahayakan sama ada dari aspek kebendaan dan maknawi, juga usaha kamu membawa manfaat kebendaan dan maknawi kapada mereka merupakan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kamu sejak mula dijadikan ayah kamu Adam dan ibu kamu Hawwa sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.” (Ta Ha:117)

Dan Rasulullah Musa a.s. telah merealisasikannya secara amali, sebagai mematuhi tuntutan Ilahi yang penuh dengan hikmah yang sangat mendalam maknanya “Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan.” (Ta Ha:10). Ayat ini mahu menyampaikan bahawa Musa seoalah-olah berkata kepada keluarganya: kamu tunggu di sini! Aku akan meninjau keadaan sekitar untuk mengelakkan kamu daripada bahaya dan perkara yang memudaratkan. Dan aku akan bawa kepada kamu perkara yang bermanfaat dari segi maddi dan maknawi.

Dan Allah juga telah menjadikan ikatan hubungan suami isteri ini dengan aqad yang kukuh yang diikat sendiri oleh kamu. Kamulah yang wajib memeliharanya. Allah akan menghisab kamu faktor-faktor yang menjadi ikatan itu kekal kukuh atau terburai “Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?” (an-Nisaa’:21)

Adapun kesalahan wanita atau keaipan mereka, ia seumpama keaipan kamu dan kesalahan kamu. Kedua-dua kamu perlukan kesabaran untuk merawatnya. Namun tali kekangannya tetap berada di tangan kamu agar kapal ini hanya dikemudikan oleh seorang individu sahaja. Urusan keluarga bukan tempat untuk berebut kuasa atau beradu tenaga untuk jadi ketua sabagaimana yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan musuh-musuh kemanusiaan untuk mencarikkan ikatan yang suci ini. Mereka cuba menyalakan api pertentangan antara lelaki dan perempuan dengan mengunakan setengah kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian suami dan mengaitkan kesalahan itu dengan sistem Islam, syariah rabbaniah yang telah meletakkan tanggungjawab kepimpinan di bahu lelaki, semua lelaki ke atas semua wanita, demi memelihara kesejahteraan masyarakat.
Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan dengan ringkas dan padat semua sistem-sistem yang diperlukan oleh manusia. Semua itu tersimpul di dalam beberapa ayat yang sangat ringkas. “Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (Maksud al-Lail:1-3)
Malam dan siang, lelaki dan perempuan, saling bergandingan, lengkap melengkapi. Bukan berebut dan bersaing. Tiada kelebihan yang satu ke atas yang lain kecuali dengan melaksanakan peranan masing-masing.

Sebagai contoh, lihat isteri Firaun. Firaun mendakwa dirinya sebagai tuhan. Namun dakwaan itu sedikitpun tidak menjejaskan iman isterinya. Sebaliknya dua orang wanita lain yang menjadi isteri kepada dua orang nabi yang mulia, tidak mendapat apa-apa kelebihan di sisi Allah di sebabkan keingkaran mereka. Dan Maryam pula, seorang wanita solihah yang tidak bersuami. Jadi setiap individu mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Ia dihisab secara berasingan daripada pasangan masing-masing. Setiap orang mempunyai masuliah fardiah yang tidak boleh dipikul oleh orang lain.

Ketika Nabi s.a.w. menyebut bahawa wanita seperti tulang rusuk yang bengkok, itu tidak bermakna keaipan bagi wanita kerana wanita tidak menciptakan dirinya sendiri. Dari sisi lain kita dapati tulang rusuk yang bengkok itulah sebenarnya bentuk yang paling baik dan paling ideal. Kalaulah tidak kerana tulang rusuk itu bengkok, jantung tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan dapat menjalankan pungsinya membekalkan darah ke seluruh anggota. Sepasang paru-paru juga begitu. Jika tulang rusuk tidak bengkok, seluruh tubuh tidak dapat bernafas, insan tidak akan hidup sihat dan sejahtera, tidak akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya.

Justeru, Allah Azza wa Jalla berkata, ketika kamu tidak suka kepada sesuatu perkara yang ada pada isteri kamu – kesempurnaan itu hanyalah milik Allah jua - kamu juga tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Dalam kontek ini Allah berfirman maksudnya: “… Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa’:19)

Rasulullah s.a.w. pula telah menghuraikan perkara ini dengan terperinci dan praktikal yang kamu boleh laksanakan dengan segera. Kamu yang mesti laksanakan, bukan dia (isteri kamu) kerana kamu adalah pengemudi, kamu yang bertanggungjawab. Baginda bersabda maksudnya: “Janganlah seorang mu’min itu (suami) membenci seorang mu’minah (isterinya) kerana boleh jadi dia tidak suka pada sesuatu perangainya, dia suka perangainya yang lain”. Maksudnya di sini, jika kamu melihat sesuatu yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip iman, maka kamu mesti mengubah mood kamu sendiri, sehingga kamu dapat melihat dan mengiktiraf kelebihannya dari aspek yang lain yang pastinya terlalu banyak yang kamu sukai. Maka dengan itu perasaan benci dengan segera akan bertukar menjadi sayang.

Aku ingin mengingatkan kamu satu maklumat yang simple yang kadang-kadang kita lupa. Tidakkah zakat fitrah isteri kamu, anak-anak dan khadam kamu yang bayar walaupun isteri kamu seorang yang kaya raya? Itu merupakan lambang pertanggungjawaban yang dipikulkan ke atas kamu kerana itu bukan zakat harta. Zakat harta yang dimiliknya adalah tanggungjawab dia sendiri. Dia yang mesti tunaikan secara berasingan daripada kamu. Awas kamu! Jangan ambil sedikitpun daripada hartanya tanpa izinnya dan jangan halang dia berbuat baik kepada keluarganya mengikut sukanya. Jika kamu berbuat demikian maka hisab kamu di sisi Allah amat sukar. Allah mengharamkan kezaliman ke atas diriNya dan menjadikan kezaliman itu haram ke atas sesama hambaNya.

Jadilah kamu orang yang sentiasa setia kepada isteri kamu kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa setia kepada isterinya Khadijah r.a., kesetiaan yang sungguh indah sehingga selepas Khadijah meninggal dunia. Ia menjadi contoh bagi seluruh umat manusia. Begitu juga baginda tidak menyembunyikan perasaan cintanya kepada Aishah r.a. ketika baginda ditanya siapakah manusia yang paling baginda cintai. Maka dengan spontan baginda menjawab dengan terang dan tegasa: “Aishah!” Lalu sahabat berkata bahawa mereka bukan tanya tentang wanita, dan sekali lagi baginda menjawab: “Ayahnya!”. Baginda tidak berkata “Abu Bakar”, sebaliknya berkata: “Ayahnya”. Ia memberikan gambaran hubungan mesra dan intim antara baginda dan Aishah dan secara tidak langsung menggambarkan kedudukan Abu Bakar di sisi baginda.

Adakah kamu fikir ada ungkapan yang lebih indah daripada ini bagi menggambarkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya? Unggkapan yang begitu tulus lahir dari bibir suami pastinya mampu memadam apa-apa kesilapan dan perselisihan antara kamu berdua.
Seandainya masalah yang kamu hadapi, na’uzubillah, sudah sampai ke tahap bercerai, dan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah, isteri yang diceraikan itu berhak tinggal di rumah kamu, hak yang ditentukan sendiri oleh Allah, agar dengan keberadaannya di rumah itu, hati kamu dan hatinya akan jadi lembut, dan perselisihan yang berlaku sebelumnya akan lebur. Tidakkah kamu nampak, dalam keadaan yang begitu genting sekalipun, Allah tetap menghendaki kamu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Perhatikan ayat-ayat berkaitan dengan talaq, kebanyakannya dibasahi dengan ciri-ciri kelembutan dan kebajikan. Lihat surah at-Talaq ayat 1 hingga 3.

Akhirnya jangan kamu lupa wasiat perpisahan kekasih kita s.a.w. “Hendaklah kamu berpesan agar berbuat baik kepada wanita…”. Sungguh mengkagumkan, wasiat ini digandingkan dengan wasiat supaya menjaga solat. Tidakkah kamu rasa bahawa ia merupakan suatu perkara yang sangat penting?

Justeru, wahai saudaraku para suami, di manapun kamu dan dalam keadaan apapun, maka setia dan setialah kepada isteri kamu! Berbuat baik dan berbuat baiklah kepada isteri kamu! Beri perhatian dan beri perhatianlah kepada perasaan isteri kamu! Berbakti dan berbaktilah kepada keluarga isteri kamu! Bantu dan bantulah isteri kamu untuk berbakti kepada keluarganya. Bawalah isteri kamu memikul bersama kamu beban keluarga dan beban dakwah. Jadikan dia sandaran belakang kamu supaya dia dapat berjalan seiring kamu sambil membawa risalah dakwah yang diwajibkan Allah ke atas kamu.

Awas dan awas daripada mengambil hartanya tanpa kerelaannya. Adapun jika dia rela, Allah telah jelaskan hukumnya di dalam firmanNya yang bermaksud: “… Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (An-Nisaa’:4)

Ingat neraka dan neraka! Selamatkan isteri kamu darinya. “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka…” (At-Tahrim:6)

Ingat syurga dan syurga. Bawalah dia bersama kamu serta anak-anaknya. “Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;” (Ya Sin:56)

Dan ingatlah juga bahawa orang yang terbaik dalam kalangan kita ialah yang paling baik kepada isterinya. Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. orang yang paling baik kepada isterinya dalam kalangan seluruh umat manusia. Maka adakah kita mencontohinya?

Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menamakan kamu suami yang mulia (zauj karim) selama kamu melaksanakan wasiatnya yang bermaksudnya: “Tidak memuliakan wanita kecuali orang (suami) yang mulia, dan tidak menghina wanita kecuali orang yang tercela!”. Maka jadilah kamu wahai saudaraku suami muslim yang mulia. Semoga Allah berkati kamu pada isteri kamu, harta kamu dan anak-anak kamu. Semoga Allah rahmati ibu bapa kamu dan ibu bapa isteri kamu sama ada mereka masih hidup di dunia ini atau telah berpindah ke alam abadi. Semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebaikan dunia dan akhirat. Semoga Allah berkati zuriat kamu berdua.

Sesungguhnya aku telah berbicara kepada para isteri dalam muktamar lepas dengan membawakan satu Hadis yang menjamin pahala untuk mereka, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redanya kamu kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.

Aku berharap kamu tidak lupa kepada kami dalam doa-doa kamu yang baik-baik.
Was-salamu’alaikum wr.wb.

Saudara kamu,
Dr. Muhammad Badi’
Murshid Am Ikhwan Muslimin
diambil drpd : zaadut-taqwa.blogspot.com

Monday, July 18, 2011

9 PRINSIP DAKWAH DALAM SURAH YASIN

Dakwah di jalan Allah adalah sebuah pekerjaan mulia yang memiliki prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Sang Maha Pemberi Titah (Allah SWT) agar perjalanan dakwah yang kita lakukan tepat sasaran dan tidak terjebak pada kepentingan sesaat (Pragmatisme). Oleh kerananya arahan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dapat dijadikan sebagai batu asas yang kukuh bagi para kader dakwah untuk menjayakan langkah-langkah dakwahnya.

وَجَاء مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ
36.20. Dan datanglah dari hujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas-gegas dia berkata: "Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu".
اتَّبِعُوا مَن لاَّ يَسْأَلُكُمْ أَجْراً وَهُم مُّهْتَدُونَ
36.21. Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Didalam surat Yasin ayat 20 dan 21 terdapat 9 point tersirat tentang prinsip-prinsip dakwah tersebut :
1. Wa Jaa-a’ (Dan Datanglah)
Satu kewajiban bagi seorang Da’i untuk datang (berdakwah), datang menuju tempat-tempat yang memiliki peluang untuk berdakwah, datang kerana panggilan keimanan saat melihat kemungkaran bermaharajalela, pada bila-bila masa dan dimana-mana jua. Tekad yang selalu tertanam dalam jiwa mereka bahwa kedatangan (kehadiran) mereka adalah untuk melakukan perubahan terhadap berbagai bentuk kebatilan (Kemungkaran).

Dalam Surat Al-Isra : 81 Allah berfiman :وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً 17.81. Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Dan juga dalam Surat Saba: 49 Allah berfiman :قُلْ جَاء الْحَقُّ وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ 34.49. Katakanlah: "Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak (pula) akan mengulangi ". Jika seorang da'i datang/tinggal di suatu tempat maka sudah menjadi kewajiban moral baginya untuk menjadi Agent of Change (Agen Perubahan) ditempat tersebut.


2. Min Aqsol Madinah (Dari ujung Kota)
Menggambarkan tentang jauhnya perjalanan yang harus ditempuh dalam melakukan dakwah, sehingga para da'i harus bertadhiyah (berkorban) waktu, tenaga dan juga harta dalam perjalanan dakwahnya. Meskipun perjalanan dakwah itu dilakukan hanya oleh segelintir orang sahaja, disebabkan perjalanan dakwah itu terasa amatlah jauh dan melelahkan, namun, walaupun jauh, seorang dai harus tetap melakukan dakwahnya tanpa mengandalkan orang lain. Sebagaimana Firman Allah dalam Surat At-taubah : 42 لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ 9.42. Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah : "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.



3. Rajulun (Seorang laki-laki)
Allah tak menyebut status, nama, jawatan atau pangkat orang (da'i) yang dimaksud didalam ayat ini, meskipun menurut asbabunnuzul ayat bahwa laki-laki yang dimaksud adalah Habib An-nazar. Hal ini memaknai bahwa dakwah boleh dilakukan oleh siapa saja (seseorang) yang memiliki kesedaran (Al-Wa’yul Harakah) bahwa watawaa soubilhaq, watawaa soubissabr (saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran) adalah kewajiban Insan beriman. Lihat Al-Asr : إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ.. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 103.3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.



4. Yas’a (Bergegas-Gegas)
Berdakwah dengan penuh kesungguhan (Jiddiyatud Dakwah), tidak berlambat-lambat, atau berlengah-lengah terhadap agenda dakwah yang telah ditetapkan, atau dengan selambanya kita berpangku tangan ketika melihat yang lain sibuk dan bergegas. Allah berfirman dalam Surat Al-Mu’minun Ayat 61أُوْلَئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ. Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya. Namun harus juga dibezakan antara bergegas/segera dengan terburu-buru (Isti’jal). Bergegas adalah gerak cepat, tepat dan accurate (terencana) sedangkan Isti’jal adalah tergesa-gesa tanpa perencanaan, yang tentunya hasilnya akan berbeza.


5. Qoola (Ia Berkata)
Berkata dalam pengertian berupaya menyampaikan dakwah dengan lisan (kata-kata) disetiap ada kesempatan berbicara (pandai memanfaatkan momen).. Sehingga setiap Da’i harus melatih kemampuannya di dalam menyampaikan dakwah melalui kata-kata, sebagaimana Nabi Musa yang menginginkan memiliki kemampuan dakwah melalui kata-kata (Orator). Hal ini dapat di lihat dari Do’a yang dipanjatkannya kepada Allah Azzawajalla. Sebagaimana yang Allah firmankan dalam surat Thaha : 27-28وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي 20.27. dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,يَفْقَهُوا قَوْلِي 20.28. supaya mereka mengerti perkataanku.


6. Yaa-Qoumi (hai kaumku)
Adalah Audiens dakwah (Mad’u) yang jumlahnya banyak dan bertebaran dimana–mana (yang belum tergarap), setiap orang yang jauh dari hidayah Allah itulah sasaran dakwah kita untuk kita dekatkan mereka kepada Rabbnya. Didalam Al qur’an Surat Almu’min : 38 Allah berfirman :وَقَالَ الَّذِي آمَنَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُونِ أَهْدِكُمْ سَبِيلَ الرَّشَادِ 40.38. Orang yang beriman itu berkata: "Hai kaumku, ikutilah aku, aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang benar.


7. Ittabi’ul Mursaliin (Ikutilah Utusan-Utusan Itu)
Muatan dakwah yang mengajak Manusia agar menjadi pengikut Allah dan Rasul, bukan pengikut kita, untuk menghilangkan Kultus Individu (Figuritas). Prinsip ini menjadi begitu penting untuk diperhatikan seiring dengan maraknya majlis-majlis yang melahirkan kultus individu. Al Quran Surat Al 'Imran : 79:مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَاداً لِّي مِن دُونِ اللّهِ وَلَـكِن كُونُواْ رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ 3.79. Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani , karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.


8. Ittabi’uu Manlaa yas’alukum ajro (Ikutilah orang yang tidak meminta balasan kepadamu)
Terkait dengan Shihatul Ittijah (Sihatnya Orientasi), kerana tujuan utama dakwah adalah berjualbeli dengan Allah SWT untuk mencari keredhaanNya, terlindung dari azabnya dan masuk ke dalam Syurga yang dijanjikan Nya. Dengan demikian seorang da'i harus meluruskan niat dakwahnya hanya untuk mencari keredhaan Allah, bukan untuk tujuan populariti ataupun tujuan material dll.  Allah berfirman dalam Al Quran surat As Saff ayat 10-11:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ 61.10. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 61.11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.


9. Wahum Muhtaduun (Dan Mereka adalah Orang yang Mendapat Petunjuk)
Ertinya para Da’i ilallah adalah orang –orang yang didalam dakwahnya selalu berpegang kepada manhaj yang benar (Al-Qur’an dan Sunnah) dan mereka secara berterusan (konsisten) berpegang kepadanya. Hujah-hujah yang dipergunakan adalah Qolallah wa Qoola Rasuul. FirmanNya dalam Surat An-najm ayat 4:إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى 53.4. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). Dalam Surat Yusuf Ayat 108 قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللّهِ وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ 12.108. Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". 


Jika 9 Prinsip-Prinsip dakwah diatas di amalkan oleh setiap mu’min, maka tiada tempat yang sepi dari orang-orang yang berdakwah, menyeru manusia kejalan TuhanNya, semoga kita dapat melaksanakannya. 
Wallahu A’lam 


(Ustaz Muhammad Ridwan)
Sumber: Islamedia

Friday, July 15, 2011

MASJID MANDIRI, MENGAJARKAN PERSATUAN UMAT

Masjid ini sangat unik. Menunaikan solat di masjid ini, anda tidak perlu khuatir akan kehilangan kasut atau selipar. Masjid ini mempunyai program khusus bagi 'para mangsa' yang kehilangan kasut ketika solat. "Kami tidak ingin para jamaah merasa tidak aman ketika sedang solat. Sejak 10 tahun lalu, sudah menjadi komitmen bagi takmir masjid kalau ada sandal hilang maka kami akan ganti yang baru, dengan jenama yang sama. Kalaupun tidak ada jenama yang sama, kami usahakan ganti dengan yang lebih bagus lagi." Kata salah seorang pengurus Masjid.

Hospital kekurangan 'tabung darah'? "Hampir setiap hospital di sini pasti merujuk ke masjid ini untuk mendapatkan penderma. Masjid ini ada unit penderma darah sendiri. Data jamaah masjid sangat lengkap. Tapi tidak semua jamaah mahu diambil darahnya kerana sebahagiannya takut. Mereka mendaftar ke masjid jika memang darahnya ingin di ambil. Paling tidak tiga bulan sekali, darah mereka terambil.

Musafir kehilangan beg dan wang dicuri? Pihak polis akan mengarahkan sang musafir untuk ke masjid ini. "Kami akan membantu semampu kami. Kalau dia benar-benar susah, tidak berbohong, kami akan hantar ke terminal dan belikan tiket. Kepada penjual tiket kami akan meninggalkan pesan agar tiket tidak boleh di tukar ke duit. Kami juga memberi wang saku untuk mereka gunakan sepanjang perjalanan. Inspirasi penginapan untuk musafir datang dari kisah di zaman nabi. "Kami menangis membaca bagaimana orang-orang yang tidak punya tempat tinggal datang dari pelbagai penjuru ke Madinah. Nabi kemudian memerintahkan untuk membangunkan shuffah. Maka dikenallah kemudian ahlussuffah, iaitu orang-orang yang tinggal di serambi masjid. Lalu siapa yang memberi makan kepada mereka? Para sahabat yang membiayai mereka. Jadi kalau musafir datang di masjid ini, takkanlah kita nak usir. Kan zalim sekali namanya. Nabi sahaja, menyuruh mereka yang tidak punya rumah untuk menginap di masjid dan dibangunkan shuffah." Tutur seorang AJK Masjid ini.

Tentang jamaah masjid? Maghrib, Isya', Zuhur, Asar, bahkan Subuh, masjid ini tidak pernah sepi dari jamaah. Masjid ini memiliki jamaah yang setia. Tidak hanya dari para kariah berhampiran tetapi juga dari luar. Maka tidak hairan, nyaris tidak ada sof kosong di setiap sudut masjid. Bahkan seperti 'di kerusi sekolah', sof yang di tempati jamaah selalu diisi oleh orang yang sama (macam dah booked nama). Mereka tahu tempat mereka masing-masing. Kalau tempat mereka di isi oleh orang lain, pasti mereka bingung mencari tempat lain kerana penuhnya jamaah di disitu. Tapi itu menyebabkan hubungan diantara jamaah menjadi akrab. Jika para jamaah mendapati salah satu tempat jamaah kosong sehingga berhari-hari, mereka mula gelisah. Susah hati, jika sesuatu terjadi kepada jamaah yang tidak hadir itu. Ditanya sesama mereka, tidak ada yang tahu. Akhirnya mereka beramai-ramai datang ke rumah jamaah yang tidak hadir itu..ternyata dia sakit. Begitulah kuat sekali hubungan sesama jamaah masjid ini. 

Masjid ini menjadi salah satu masjid contoh. "Peradaban yang paling baik adalah yang berbasis masjid, kerana di sana ada unsur tolong menolong (muawwanah), kasih sayang (ukhuwah) dan kesamaan. Masjid harus menyelesaikan persoalan umat. Kami memastikan tiada anak yatim yang tidak makan di daerah ini kerana masjid akan menyantuni. Setiap jamaah ke masjid membawa satu atau dua genggam beras, sehingga setiap setengah bulan paling tidak masjid dapat mengumpulkan sekitar 300 kg beras dan di bahagi-bahagikan kepada para yatim dan janda. Bahkan jamaah Subuh kini boleh memiliki insurance kesihatan, hanya dengan membawa duit sebanyak 35 sen setiap Subuh. 

Masjid ini memiliki Program Usaha sebagai Masjid Mandiri yang mana aktiviti nya tidak bergantung dari kotak infak sepenuhnya. 35% dana masjid di dapati dari program usaha ini. Duit infak di gunakan untuk modal usaha, bantuan fakir miskin dan pendidikan. Target mereka, tahun ini 100% dana masjid adalah dari usaha. "Masjid ini tidak boleh mengharapkan wang dari infaq sahaja."

Bagaimana dengan strategi mengumpulkan dan menggerakkan Jamaah yang sebegitu ramai? "Pada awalnya, kami buat undangan solat subuh berjamaah. Undangannya bagus...Macam undangan Majlis Perkahwinan. Di dalam undangan itu kami sediakan door prize TV dan di sediakan sarapan. Alhamdulillah sampai sekarang Jamaah Subuh masih tetap dapat susu dan roti. Sebulan sekali kami buat bubur. Setiap solat Jumaat masjid ini menyediakan minuman dari potongan buah jambu. Pada awalnya tidak sedikit yang menolak untuk solat berjamaah. Bukan kerana mereka tidak mahu tapi kerana mereka tidak tahu solat. Alhamdulillah mereka mahu bercerita. Jadi kami kumpulkan sesiapa yang ingin belajar solat di salah satu rumah kariah. Setelah merasa yakin untuk solat di masjid, mereka datang sendiri ke masjid setiap kali waktu solat.Masjid ini tidak condong kepada satu golongan atau kalangan tertentu sahaja. "Kami menyedari untuk menyatukan ummat kalau bukan di masjid di mana lagi. Masjid ini milik umat, bukan milik kelompok tertentu. Walaupun masjid ini di dirikan oleh orang tertentu, semua kelompok kita beri ruang. Jadi, jangan hairan kalau dalam soal fiqh, mereka pun sangat toleransi. Tiada pertelingkahan. Di masjid ini kami bukan sahaja cuba untuk berdikari tapi juga mengajarkan persatuan umat."
Itulah kisah unik sebuah masjid yang bernama Masjid Jogokaryan di selatan Yogyakarta, Indonesia. Mudah-mudahan banyak lagi Masjid-masjid (khususnya dari Malaysia) akan mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Masjid Jogokaryan ini.

Wednesday, July 13, 2011

Catatan Pena dari Himpunan Mutiara Kata Syeikh Jum’ah Amin

Mukaddimah
Islam itu sifatnya ‘alami (sedunia), lihat sahaja sahabat Nabi, ada Abu Bakr Al-Quraisyi, Salman Al-Farisi, Bilal Al-Habsyi dan Suhaib Ar-Rumi. Orang yang beriman itu bersaudara dan berhimpun dengan penuh kasih sayang serta bertemu dalam rangka ketaatan. Islam bukan milik individu, bukan milik jamaah tertentu tapi milik semua.

Ingatlah Ikhwan Muslimin (IM) adalah jamaah dari orang-orang Islam. Pegangan jamaah ini adalah pada aqidahnya, ibadahnya dan syari’ahnya. Semua pegangan ini diikat dengan bahasa hati iaitu ukhuwwah. IM ingin melahirkan ahli-ahli yang mempunyai ciri التضهية (pengorbanan – sebahagian dari Rukun Bai’ah).

Tidak mungkin berlaku penegakan syari’ah melainkan ia ditegakkan di dalam jamaah. Oleh itu, IM menyusun ahli-ahlinya untuk mempunyai:
-          Iman yang mendalam
-          Ukhuwwah yang akan menyebarkan cinta kasih kepada seluruh alam
(Surah Al-Anfaal: 63)

IM dan tarbiyah masyarakat 
Tarbiyah dalam masyarakat adalah memperjuangkan kalimah لا اله الا الله , dengan jalan yang lurus agar mendapat petunjuk dari Allah. Rasulullah s.a.w diturunkan di kalangan manusia dengan nilai peribadi dan akhlaq yang sangat tinggi:
(At-Taubah: 128)

Perubahan yang dilakukan baginda adalah menggunakan cara yang hikmah dan peringatan yang baik.
(An-Nahl: 125)

Gunalah akhlaq yang baik sebagaimana kata-kata Saidina Ali r.a.:
“Sesiapa yang lembut kata-katanya, wajiblah mencintainya.”

Rasulullah mengubah masyarakat dengan memerangi rasuah, riba dan berhala (terdapat 760 ribu buah berhala di sekeliling ka’bah – maaf jika tersilap catat jumlah ini). Oleh itu, kerja da’ie adalah untuk mendidik manusia untuk mendapatkan ketenangan kembali. Jika tiada usaha ini, di manakah tinggalnya usaha JIHAD? Rasulullah berusaha membina FARD MUSLIM agar unsur terkecil ini yang akan membawa kebaikan-kebaikan dalam masyarakat.

Pembinaan Fard Muslim
كونوا عبادا قبل ان تكونوا فوادا

(Kunuu ‘ubbadan qabla an takunu quwwadan)
Maksud: Jadilah kamu hamba sebelum menjadi pemimpin

Permulaan bagi jalan perubahan adalah menjadikan nilai hamba dalam setiap individu. Prinsip manhaj taghyir IM: الصلاح قبل الاصلاح  (Kejayaan sebelum pembaikan) melalui bidayah taghyir seperti menghadiri katibah, berpuasa, tilawah Al-Quran minima 1 juz sehari dan tazkirah. Semua ini dalam rangka untuk membentuk Fard Muslim mempunyai sifat Rabbani.

Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah melihat suasana Mesir:
-          Pemimpin tidak amanah
-          Rakyat bertambah miskin
-          Penyelewengan berleluasa
-          Orang yang mengamalkan Islam adalah golongan minoriti, terpinggir dan dihina
-          Terdapat usaha mengkristiankan penduduk Islam Mesir 
Berdasarkan pengamatan, HAB menekankan tentang pembinaan kualiti individu yang kian merosot akibat penyakit Al-Wahn. Penyakit wahn (cinta dunia dan bencikan kematian) adalah sama dengan meninggalkan JIHAD. Maka, manhaj taghyir IM adalah pada tarbiah individu agar mereka menjadi jiwa yang Rabbani serta melahirkan individu yang menganggap perkara sunat untuk umum adalah wajib ke atasnya.

Tarbiah individu adalah asas kepada perubahan ekonomi, politik dan pelbagai aspek dalam masyarakat. Jagalah hubungan dengan Allah melalui:
-          tilawah 1 juz sehari
-          Istighfar 70-100x sehari
-          Wirid ma’thurat
-          Qiyamullail

Ini penting untuk bersedia berhadapan dengan ujian-ujian dalam perjuangan. Kesan penjagaan hubungan ini, yang lemah akan mendapat kekuatan, seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah: 249. 
Aku tidak risau pada banyaknya musuhmu, tapi aku risau pada banyaknya dosa-dosamu. Rasulullah sendiri dididik oleh Allah sebelum menyampaikan risalah dengan ayat-ayat peringatan dalam surah Al-Muddatsir: 1-4.

Kita lihat kisah seorang sahabat yang telah berbai’ah, pergi berperang dan apabila tentera Islam menang, maka harta ghanimah diagih-agihkan. Sampai agihan bahagian untuknya, beliau marah lalu berkata,”Aku berbai’ah dengan Rasulullah bukan untuk harta. Tetapi aku ingin syahid dengan dipanah di sini (sambil menunjukkan di lehernya).” Rasulullah berkata,”Jika dia benar kepada Allah, dia pasti akan memperolehi apa yang diingininya.” Dan dalam peperangan seterusnya, sahabat tersebut mati syahid dalam keadaan anak panah di lehernya. Lalu berkata Rasulullah, “Sungguh dia telah berkata benar terhadap Allah dan Allah membenarkan kata-katanya.”

Kita perlukan kekuatan ini dengan melaksanakan solat. Pohonlah kekuatan dari Allah agar bertemu nur ‘aqal dengan nur wahyu. Apabila Rasulullah resah dengan tuduhan musyrik (Al-Isra’: 73), Allah berikan jawapan yang kuat melalui pesanan dalam Al-Isra’ ayat 78-79. Ujian itu adalah sunnatullah dan akan berterusan hingga hari kiamat.

Jagalah Ukhuwwah

Ukhuwwah adalah ciptaan Allah yang diberikan kepada mukmin. Jika Allah cinta hambaNya, Allah akan berkata pada penduduk langit, “HambaKu ini perlu dicintai.” HAB berkata kita perlu ‘perangi’ manusia dengan kasih sayang. Ingatlah tentang hati-hati yang diikat oleh Allah (baca do’a rabithah). Ukhuwwah adalah kewajipan yang perlu dihayati dan dilaksanakan. Hadith Rasulullah: Antara 7 golongan yang mendapat perlindungan dari Allah di Padang Mahsyar ialah dua sahabat yang saling menyayangi kerana Allah.

Kurangkan bercakap, tingkatkan amal kebajikan pada masyarakat. Kaji sejarah dan ambillah faedah darinya. HAB mengkaji:
-          Sejarah Islam
-          Sejarah umat-umat yang bangkit dari kelemahan
-          Sejarah gerakan-gerakan kebangkitan seluruh dunia sepanjang zaman
-          Sosiologi
HAB juga membahagikan masyarakat kepada 4 golongan:
a)      Beriman dan yakin dengan kebenaran
b)      Oportunis dan inginkan pulangan duniawi
c)       Ragu-ragu dengan kebenaran
d)      Penentang

Ini berdasarkan seerah Rasulullah, baginda memanfaatkan orang musyrik iaitu Abdullah bin Uraiqit untuk membantu dalam perjalanan hijrah ke Madinah.

Jangan putus harapan dalam berdakwah pada masyarakat. Janganlah bakhil masa kamu dengan Allah. Jika kamu berpaling, Allah akan menggantikanmu dengan kaum lain.

Tanda Allah sayangkan kita adalah Dia selalu beri taufiq agar kita mencintai Allah. Selagi Al-Quran berada bersama orang Islam, selagi itu musuh tidak dapat mengalahkan orang Islam.

Allah kurniakan AKHLAQ sebagaimana Dia berikan REZEKI kepada seseorang. Namun, Allah tidak memberi AGAMA pada orang yang TIDAK dicintainya.

Sunday, July 10, 2011

SYURO: DENGAR DAN TAAT. PROSES KEIKHLASAN, TAWADHUK DAN BERLAPANG DADA

Apa yang harus kita lakukan seandainya tidak menyetujui hasil syuro? Bagaimana "mengelola" ketidak setujuan itu? Kenyataan seperti ini akan kita temukan dalam perjalanan dakwah. Dan itu lumrah saja. Kerana, merupakan implikasi dari fakta yang lebih besar, yaitu adanya perbezaan pendapat yang menjadi ciri kehidupan majmuk.

Kita semua hadir dan terlibat dalam dakwah ini dengan latar belakang sosial dan keluarga yang berbeza, tingkat pengetahuan yang berbeza, tingkat kematangan tarbawi yang berbeza. Walaupun proses tarbawi berusaha menyamakan cara berfikir kita sebagai dai dengan meletakkan manhaj dakwah yang jelas, namun dinamik personal, organisasi, dan persekitaran strategi dakwah tetap saja akan menyisakan celah bagi semua kemungkinan perbezaan.
Di sinilah kita memperoleh "pengalaman keikhlasan" yang baru. Tunduk dan patuh pada sesuatu yang tidak kita setujui. Dan taat dalam keadaan terpaksa bukanlah pekerjaan yang mudah. Itulah cubaan keikhlasan yang paling berat di sepanjang jalan dakwah dan dalam keseluruhan pengalaman spiritual kita sebagai dai. Banyak yang berguguran dari jalan dakwah, salah satunya karena mereka gagal mengelola ketidaksetujuannya terhadap hasil syuro. Jadi, apa yang harus kita lakukan seandainya suatu saat kita menjalani "pengalaman keikhlasan" seperti itu?  

Pertamamarilah kita bertanya kembali kepada diri kita, apakah pendapat kita telah terbentuk melalui suatu "upaya ilmiah" seperti kajian perenungan, pengalaman lapangan yang mendalam sehingga kita punya landasan yang kuat untuk mempertahankannya? Kita harus membezakan secara ketat antara pendapat yang lahir dari proses ilmiah yang sistematik dengan pendapat yang sebenarnya merupakan sekadar "lintasan fikiran" yang muncul dalam benak kita semasa mesyuarat berlangsung.
Seadainya pendapat kita hanya sekadar lintasan fikiran, sebaiknya hindari untuk berpendapat atau hanya untuk sekadar berbicara dalam syuro. Itu kebiasaan yang buruk dalam syuro. Namun, kedegilan atas dasar lintasan fikiran adalah kebiasaan yang jauh lebih buruk. Alangkah menyedihkannya menyaksikan para duat yang degil mempertahankan pendapatnya tanpa landasan ilmiah yang kukuh.Tapi, seandainya pendapat kita terbangun melalui proses ilmiah yang intens dan sistematik, mari kita belajar tawadhu. Karena, kaedah yang diwariskan para ulama kepada kita mengatakan, "Pendapat kita memang benar, tapi mungkin salah. Dan pendapat mereka memang salah, tapi mungkin benar."

Kedua, marilah kita bertanya secara jujur kepada diri kita sendiri, apakah pendapat yang kita bela itu merupakan "kebenaran objektif" atau sebenarnya ada "obsesi jiwa" tertentu di dalam diri kita, yang kita sedari atau tidak kita sedari, mendorong kita untuk "berdegil"? Misalnya, ketika kita merasakan perbezaan pendapat sebagai suatu persaingan. Sehingga, ketika pendapat kita ditolak, kita merasakannya sebagai kekalahan. Jadi, yang kita bela adalah "obsesi jiwa" kita. Bukan kebenaran objektif, walaupun — kerana faktor bisikan syaitan— kita mengatakannya demikian.Bila yang kita bela memang obsesi jiwa, kita harus segera berhenti memenangkan kesombongan dan hawa nafsu. Segera bertaubat kepada Allah swt. Sebab, itu adalah perangkap syaitan yang boleh jadi akan mengantar kita kepada pembangkangan dan kemaksiatan. Tapi, seandainya yang kita bela adalah kebenaran objektif dan yakin bahwa kita terbebas dari segala bentuk obsesi jiwa semacam itu, kita harus yakin, syuro pun membela hal yang sama. Sebab, berlaku sabda Rasulullah saw., "Umatku tidak akan pernah bersepakat atas suatu kesesatan." Dengan begitu kita menjadi lega dan tidak perlu berdegil mempertahankan pendapat pribadi kita.

Ketiga, seandainya kita tetap percaya bahwa pendapat kita lebih benar dan pendapat umum yang kemudian menjadi keputusan syuro lebih lemah atau bahkan pilihan yang salah, hendaklah kita percaya mempertahankan kesatuan dan keutuhan soff jamaah dakwah jauh lebih utama dan lebih penting dari pada sekadar memenangkan sebuah pendapat yang boleh jadi memang lebih benar.

Kerana, berkah dan pertolongan hanya turun kepada jamaah yang bersatu padu dan utuh. Kesatuan dan keutuhan soff jamaah bahkan jauh lebih penting dari kemenangan yang kita raih dalam peperangan. Jadi, seandainya kita kalah perang tapi tetap bersatu, itu jauh lebih baik daripada kita menang tapi kemudian bercerai berai. Persaudaraan adalah karunia Allah yang tidak tertandingi setelah iman kepada-Nya.Seadainya kemudian pilihan syuro itu memang terbukti salah, dengan kesatuan dan keutuhan soff dakwah, Allah swt. dengan mudah akan mengurangi dampak negatif dari kesalahan itu. Baik dengan mengurangi tingkat risikonya atau menciptakan kesedaran kolektif yang baru yang mungkin tidak akan pernah tercapai tanpa pengalaman salah seperti itu. Boleh juga berupa mengubah jalan peristiwa kehidupan sehingga muncul situasi baru yang memungkinkan pilihan syuro itu ditinggalkan dengan cara yang logik, tepat waktu, dan tanpa risiko. Itulah hikmah Allah swt. sekaligus merupakan satu dari sekian banyak rhasia ilmu-Nya.

Dengan begitu, hati kita menjadi lapang menerima pilihan syuro kerana hikmah tertentu yang mungkin hanya akan muncul setelah berlalunya waktu. Dan, alangkah tepatnya sang waktu mengajarkan kita panorama hikmah Ilahi di sepanjang pengalaman dakwah kita.

Keempat, sesungguhnya dalam ketidaksetujuan itu kita belajar tentang begitu banyak makna imaniyah: tentang makna keikhlasan yang tidak terbatas, tentang makna tajarrud dari semua hawa nafsu, tentang makna ukhuwwah dan persatuan, tentang makna tawadhuk dan kerendahan hati, tentang cara menempatkan diri yang tepat dalam kehidupan berjamaah, tentang cara kita memandang diri kita dan orang lain secara tepat, tentang makna tradisi ilmiah yang kukuh dan kelapangan dada yang tidak terbatas, tentang makna keterbatasan ilmu kita di hadapan ilmu Allah swt yang tidak terbatas, tentang makna tsiqoh (kepercayaan) kepada jamaah.

Jangan pernah merasa lebih besar dari jamaah atau merasa lebih cerdas dari kebanyakan orang. Tapi, kita harus memperkukuh tradisi ilmiah kita. Memperkukuh tradisi pemikiran dan perenungan yang mendalam. Dan pada waktu yang sama, memperkuat daya tampung hati kita terhadap beban perbezaan, memperkukuh kelapangan dada kita, dan kerendahan hati terhadap begitu banyak ilmu dan rahsia serta hikmah Allah swt. yang mungkin belum nampak di depan kita atau tersembunyi di hari-hari yang akan datang.
Perbezaan adalah sumber kekayaan dalam kehidupan berjamaah. Mereka yang tidak bisa menikmati perbezaan itu dengan cara yang benar akan kehilangan banyak sumber kekayaan. Dalam ketidaksetujuan itu sebuah rahsia kepribadian akan nampak ke permukaan: apakah kita matang secara tarbawi atau tidak.

*Dipetik dari buku Anis Matta: 'Menikmati Demokrasi'.
Sumber Photo: Sheikh Google

About

My photo
Ukhuwah Teras Kegemilangan

Tuliskan sebarang pertanyaan/ kemusykilan/ masalah anda di sini:

Nama:
Emel:
Soalan Anda:

Get your own free form like this one.