Wanita, Aulad dan Syari'ah


WAHAI PENDAMPING ISTERI..ANDAINYA KALIAN TAHU....


Seorang sahabat mengadu padaku pada suatu hari: ‘My husband don’t even bother to look after our child when I’m doing house work.’

Seorang sahabat lagi mengadu: Saya nak keluar mencari ilmu agama pun suami tak kasi. Kalau nak keluar juga, kena bawa ketiga-tiga anak sekali sebab dia ada banyak kerja pejabat yang kena buat. Saya hanya mendiamkan diri.

Ada keluhan lain yang membuatkan saya berfikir lebih panjang. Teman saya yang akan menjadi doktor pakar dalam masa beberapa bulan lagi ini bercerita: Setiap bulan duit gajinya akan masuk dalam akaun bersama, di mana suaminya yang akan mengurus kewangan keluarga berdasarkan duit gaji mereka berdua. Tanpa pengetahuan suaminya, beliau membuka akaun sendiri dan menyimpan duit selain dari gaji ke dalam akaun tersebut.Beliau merasa sedih kerana tidak bebas menggunakan duit hasil titik peluhnya sendiri tetapi beliau juga faham akan tanggungjawab membantu keluarga.( Suaminya juga adalah doktor pakar!)

Lain pula keluhan saudaraku yang seorang ini: Suami saya sangat baik, rajin bekerja, setiap bulan dia akan memenuhi keperluan keluarga .kami merasa cukup. Masalahnya dia tidak pandai langsung mendidik dan memberi motivasi pada anak-anak yang semakin membesar; sangat pasif. Sehingga segala hal yang berkaitan dengan mendidik anak, mengajar anak pelajaran sekolah, bimbingan dan nasihat, perancangan untuk masa depan semuanya dia yang memikirkan. Suaminya hanya pergi dan balik kerja, beri duit untuk keperluan hidup, selebihnya terserah kepada isterinya. Saya hanya ketawa di dalam hati.

Wahai para isteri dan ibu,
Banyak sangatkah tuntutan dan harapan kita pada kaum bapa? Apakah kita lupa bahawa mereka hanyalah manusia biasa, umat Islam akhir zaman yang masih berusaha menjadi baik? Atau sebahagian daripada mereka sedang diuji oleh kegalauan dunia akhir zaman, seperti mana kita para isteri juga sedang diuji?

Wahai para suami dan bapa,
Inilah harapan-harapan kami...
Jadilah tubuh yang mana kami adalah tulang rusuknya. Nescaya kami akan memberikan nafas-nafas segar pada kehidupan yang kita lalui.
Anda adalah pemimpin-pemimpin kami, pimpinlah kami atas kehidupan dunia ini. Awasi kami akan jalan-jalan yang berduri supaya kami tidak memijaknya. Suluhi kami dengan lampu keimanan supaya kami dapat berjalan tabah dalam kegembiraan menuju syurga yang abadi. Andai langkah kami tidak kesampaian, bantulah kami mengikut kemampuanmu. Usah biarkan kami sendirian.



Jadilah pemimpin untuk dirimu dan untuk umat ini. Kalian adalah orang yang paling mampu memimpin umat sekiranya kalian mampu memimpin kami. Kami adalah orang yang pertama menyokong kalian untuk hal itu kerana kami lebih mengenali kalian dibandingkan dengan orang lain. Kalian adalah harapan kami...

Jadilah pakar rujuk kami dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama.Kalau kalian tidak mampu dalam hal ini, maka tunjukkanlah kepada kami orang yang paling layak untuk kami belajar dan menambah ilmu daripadanya. Setelah itu janganlah halangi kami daripada menuntut ilmu apabila kami telah menjalankan tanggungjawab di rumah. Itu adalah hak kami yang perlu para suami ketahui dan penuhi.

Jadilah teman setia kami, baik di waktu susah ataupun senang. Berkongsi kegembiraan sangat membahagiakan kami sedangkan berkongsi kesedihan adalah sebenarnya penghargaan kalian kepada kami. Mudahkan kami untuk meluahkan rasa di hati pada suami tersayang dan jadilah pendengar yang baik buat kami. Fahamilah bahawa apabila seorang wanita berbicara, sebenarnya dia hanya ingin meluahkan segala masalah yang berbuku di hati. Tak susah, bukan?

Jadikanlah diri kalian sebagai suami tempat isteri bermanja. Rendahkanlah sedikit keegoaan di hatimu. Sepertimana kalian ingin dibelai oleh isterimu, para isteri juga ingin diperlakukan dengan hal yang sama. ’Kemesraan’ para suami terhadap isteri adalah pahala sedangkan kemesraan terhadap yang tidak halal adalah suatu dosa.

Tegurlah kami apabila salah, tapi buatlah dengan cara yang lebih baik. Janganlah mengherdik kami dan janganlah menegur kami di hadapan anak-anak kami.

Terakhir, ingatlah sabda Nabi, ” Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isteri/keluarganya, dan Aku adalah yang paling baik terhadap isteri/keluargaku.
Wallahua’lam.

Nukilan,
Zurimah


About

My photo
Ukhuwah Teras Kegemilangan

Tuliskan sebarang pertanyaan/ kemusykilan/ masalah anda di sini:

Nama:
Emel:
Soalan Anda:

Get your own free form like this one.