Wanita Ikram Sana-Sini


MAJLIS TAARUF WANITA IKRAM SETIAWANGSA

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji hanya bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya yang mulia, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti baginda hingga ke Hari Kiamat.
Sedikit perkongsian  mengenai Majlis Taaruf Wanita IKRAM Setiawangsa.

Alhamdulillah, Majlis Taaruf Wanita IKRAM Setiawangsa telah diadakan pada Ahad, 30 Januari 2011 yang lepas, bertempat di Dewan Masjid Muttaqin, Wangsa Melawati. Majlis bermula pada  jam 9:30 pagi dan berakhir pada jam 12 :00 tengahari. 
Walaupun hujan renyai-renyai tanpa henti sejak awal pagi, namun Majlis Taaruf ini tetap dihadiri oleh seramai 33 orang akhawat ahli wanita IKRAM Setiawangsa. Majlis ini bertujuan untuk memberi ruang kepada ahli untuk bertemu, ber”muayasyah” dan mengeratkan silaturrahim di antara sesama ahli. Di samping itu, Wanita Ikram Setiawangsa juga dapat berkongsi maklumat perancangan taqwim program yang melibatkan wanita,  di lokaliti Setiawangsa untuk 6 bulan yang pertama.
Majlis dibuka dengan bacaan ayat-ayat suci al Qur’an oleh ukht Rohana, disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Wanita Setiawangsa, Dr Ariza Mohamed. Ketua Wanita Setiawangsa dalam ucapannya telah berkongsi Peta Strategi Perancangan IKRAM 2010-11 beserta Paksi 8 yang melibatkan wanita dan peranan yang perlu dimainkan.  Ketua Wanita turut membentangkan Taqwim Wanita Setiawangsa yang telah diatur bagi setengah tahun yang pertama.  Beliau turut memperkenalkan Barisan AJK Wanita Setiawangsa yang telah diberi kepercayaan untuk menerajui Wanita IKRAM Setiawangsa, kepada semua yang hadir. 
Akhawat juga telah diminta untuk mengisi borang profail ahli. Berdasarkan profail ini,organisasi dapat mengenalpasti kekuatan setiap individu serta potensi yang ada pada mereka supaya keduanya dapat digembeling dan dimanfaatkan untuk menggerakkan kerja-kerja dakwah di Setiawangsa. 
Ukht Anfaal Saari yang bertindak sebagai Pengacara majlis pada hari itu, seterusnya menjemput Ustazah Anizah Shamsudin bagi meneruskan sesi tazkirah dengan tajuk Ukhuwwah fid Da’wah. Selesai tazkirah, acara diteruskan dengan sessi icebreaking games yang dikendalikan oleh ukht Rozita untuk setengah jam yang berikutnya sebelum majlis bersurai.

Jazakumullahu khairan kathira kepada ukht Norhalijah yang bertindak sebagai Koordinator Majlis ini.Begitu juga kepada   semua AJK Wanita IKRAM Setiawangsa di bawah pimpinan Dr Ariza yang telah bekerjasama memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar. 

Dikongsikan beberapa keping gambar seperti  di bawah.

Wassalam
b/p Setiausaha Wanita IKRAM Setiawangsa


Lebih 30 orang akhawat dari sayap Wanita IKRAM Setiawangsa
telah menghadiri Majlis Taaruf Wanita Stw
Ketua Wanita IKRAM Setiawangsa, Dr Ariza Mohamed mengalu-alukan
semua yang hadir

Serius  mendengar arahan untuk acara games

 
Bergambar beramai-ramai sebelum majlis bersurai

About

My photo
Ukhuwah Teras Kegemilangan

Tuliskan sebarang pertanyaan/ kemusykilan/ masalah anda di sini:

Nama:
Emel:
Soalan Anda:

Get your own free form like this one.