Tuesday, October 11, 2011

PROGRAM IKRAM JUNIOR: BADAN SIHAT KAMI KUAT (QOWIYYUL JISMI)

Ahad, 9 Oktober 2011. Suasana pagi di Taman Tasik Ampang Hilir agak berbeza dari biasa. Di satu sudut di bawah redupnya rimbunan pepohonan yang menghijau kelihatan sekumpulan anak-anak berusia antara 5-12 tahun tekun mendengarkan kisah Uwais Al Qorni, seorang tabiin yang Rasulullah ceritakan kepada Saidina Umar dan para sahabat bahawa, doanya Uwais Al Qorni pasti di makbulkan oleh Allah dan dia terkenal kerana ketaatannya dalam berbakti kepada ibunya yang telah tua dan lumpuh. "Untuk menunaikan hajat ibunya yang ingin mengerjakan haji, Uwais telah mendukung ibunya dari Yaman sampai ke Mekah. Ya, Uwais seorang mukmin yang kuat dan sebagai seorang Muslim kita semua juga harus kuat kerana untuk melaksanakan tuntutan ibadah seperti Solat, Puasa, Haji dan sebagainya kita perlukan tubuh yang sihat dan kuat. Begitu juga dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai anak yang ingin berbakti terhadap ibubapa. Kita perlukan kekuatan jasmani (Qowiyyul Jismi)."

Begitulah penglipur cerita memulakan program Ikram Junior Lembah Pantai dengan tema Badan Sihat, Kami Kuat. Program ini di sertai oleh hampir 30 orang anak-anak (gabungan daerah Lembah Pantai dan Setiawangsa). Walau program bermula agak lewat dari perancangan awal, kerana terdapat beberapa orang anak yang sesat ketika ke lokasi, Alhamdulillah ianya tidak mengganggu mood ceria anak-anak dan para AJK. Mungkin kerana pemandangan Tasik yang indah dan suasana pagi yang cerah, terasa seperti kami ber rihlah. Malah kehadiran kami dan anak-anak yang santai-santai sambil makan bekalan roti dan cereal  sementara menanti ketibaan teman-teman yang lain telah menarik perhatian beberapa orang pengunjung dengan sapaan, "Berkelah ke?" :)

Setelah bercerita kisah Uwais (Show and tell), aktiviti seterusnya adalah hafalan hadis. Dengan gaya khas (rekaan pengarah program) dan suara yang penuh bersemangat anak-anak berulang kali menyebut "Al mukminul qawiyyu khairun wa ahabbu ilallah minal mu’minid dhaif" (Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah).

Aktiviti seterusnya adalah Explore race. Antara tugasan yang perlu di selesaikan di dalam explore race ini adalah mengupas dan memotong buah epal dan pisang. Alhamdulillah para peserta mendapat bimbingan dari 2 fasi utama, Kakak Nafisah dan Kakak Amirah serta 2 orang fasi bidan terjun jemputan khas iaitu Cikgu Raihan dan Ustazah Zaimah. Aktiviti explore race ini ternyata sangat mencabar dan menguras tenaga para peserta (dan fasilitator juga?). Anak-anak kembali ke check point akhir dengan wajah yang merah kepanasan dan tubuh yang longlai keletihan dan dahaga. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan jam 11.45 pagi. Anak-anak mula kelaparan. Berehat sebentar, nasi lemak di hidangkan. Selesai menjamu selera, anak-anak di minta duduk dalam kumpulan.

Aktiviti terakhir adalah aktiviti yang di nanti-nantikan oleh anak-anak. Membuat Salad Buah.  Alhamdulillah, salad buah yang di sediakan sangat simple tapi sedap dan berkhasiat. Anak-anak siap membuat permintaan untuk membawa pulang lagi. Program ini di akhiri dengan penekanan tentang keperluan kita mempunyai tubuh yang sihat serta kepentingan amalan-amalan seperti bangun di awal pagi, mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang serta melakukan senaman secara berterusan untuk memastikan agar tubuh kita sentiasa sihat dan kuat. Di akhir program setiap anak-anak memperolehi cenderahati belon sabun comel dan penanda buku hadis "Al mukminul qawiyyu khairun wa ahabbu ilallah minal mu’minid dhaif".

Alhamdulillah program Ikram Junior ini berakhir jam 12.30 tengahari. Walau anak-anak kelihatan agak letih tetapi jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka. Kami para AJK dan fasilitator pun tumpang 'seronok' dan puas kerana secara tak langsung 'tuntutan' beriadah telah dapat dilaksana, sambil menyelam minum air. Moga program ini bermanfaat dan barakah.

(Note: Jazakumullah hu khairan kathira buat semua fasilitator, ibu-ibu dan AJK yang terlibat)



1 comment:

  1. Alhamdulillah, Allah izinkan ana berkesempatan untuk sama-sama terlibat dalam program aulad ini.Wp pada awalnya hanya untuk menghantar anak saudara tp penentuan Allah itulah yang terbaik.Tergerak hati pulak untuk mengajak Raihan bersama-sama menghantar anak-anak.ternyata besar hikmahnya Allah permudahkan urusan kami untuk bersama dalam program ini.Wp pun menjadi fasilitator last minit namun kami tetap berbangga kerana dapat menyumbangkan sesuatu kepada AJK dan anak-anak semua.Alhamdulillah.

    ReplyDelete

About

My photo
Ukhuwah Teras Kegemilangan

Tuliskan sebarang pertanyaan/ kemusykilan/ masalah anda di sini:

Nama:
Emel:
Soalan Anda:

Get your own free form like this one.