Tuesday, June 21, 2011

BIASAKAH KITA DENGAN SOLAT SUNAT WUDUK?

 Daripada 'Uqbah bin 'Amir r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak seorangpun yang berwuduk kemudian menyempurnakan wuduknya lalu solat dua rakaat dengan menghadapkan hati dan wajahnya kecuali ia berhak mendapat syurga".
 (riwayat Muslim, Abu Daud dan yang lainnya)

 Dalam hadis riwayat al-Bukhari 4/428 [no 1149]dan Muslim 16/141 [no 6478] :
Daripada Abu Hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal:

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ أَبِى حَيَّانَ عَنْ أَبِى زُرْعَةَ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - أَنَّ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ لِبِلاَلٍ عِنْدَ صَلاَةِ الْفَجْرِ « يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِى بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِى الإِسْلاَمِ ، فَإِنِّى سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَىَّ فِى الْجَنَّةِ » . قَالَ مَا عَمِلْتُ عَمَلاً أَرْجَى عِنْدِى أَنِّى لَمْ أَتَطَهَّرْ طُهُورًا فِى سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِى أَنْ أُصَلِّىَ . قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ دَفَّ نَعْلَيْكَ يَعْنِى تَحْرِيكَ
Wahai Bilal ceritakan kepadaku tentang amal yang baik dalam Islam. Sebab aku mendengar suara kedua-dua seliparmu berada di Syurga.Bila menjawab: " Aku tidak mengerjakan amalan paling baik kecuali aku tidak pernah bersuci siang mahupun malam melainkan aku bersolat setelah aku bersuci tersebut sedapat mungkin.
Demikianlah kelebihan yang Allah sediakan kepada hamba-bambanya yang menjaga dan mengamalkan sejenis solat sunat yang jarang diambil berat oleh kebanyakan daripada kita. Bahkan apabila kita berbicara tentang solat sunat wuduk ini, ada orang yang bertanya: "eh ada ke solat sunat wuduk? Rasulullah ada buat ke? Persoalan sebegini mungkin bukan daripada seorang dua dari kalangan kita, bahkan mungkin ramai lagi yang tidak perasan akan pentingnya solat ini selain daripada solat sunat rawatib, solat sunat dhuha, solat tahiyyatul masjid dan lain-lain.
Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita jadikan amalan solat sunat wuduk ini sebahagian daripada amalan-amalan kecintaan dan kasih kita kepada sunnah Rasulullah s.a.w.  Bagi orang yang sentiasa dalam keadaan berwuduk, akan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan solat sunat ini. Berganda-gandalah tenaga dan kekuatan yang diberikan oleh Allah kepada hambanya bukan sahaja melalui amalan berwuduk, bahkah melalui amalan-amalan fardhu dan ditambah pula dengan amalan-amalan sunat.
Disediakan oleh,
Ustazah  Zaimah Yaha.

No comments:

Post a Comment

About

My photo
Ukhuwah Teras Kegemilangan

Tuliskan sebarang pertanyaan/ kemusykilan/ masalah anda di sini:

Nama:
Emel:
Soalan Anda:

Get your own free form like this one.