Tuesday, June 21, 2011

KISAH KEHIDUPAN: BUKAN SEKADAR CINTANYA LAILA MAJNUN

Based on True Story…
Namanya Suyatno. Usia 58 tahun. Setiap hari masanya diisi dengan merawat isteri yang sakit. Mereka telah berkahwin lebih dari 32 tahun. Dikurniakan 4 orang anak. Di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat. Tiba-tiba kaki isterinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun. Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuh isterinya menjadi lemah bahkan terasa bagai tidak bertulang, lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuap dan 'mengendong' isterinya. Sebelum pergi kerja dia akan meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu ingin melihat isterinya tersenyum. 

Suyatno beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga memudahkan untuk dia pulang pada waktu makan tengah hari bagi menyuapkan isterinya makan. Petang, dia pulang memandikan isterinya, menggantikan pakaian dan selepas maghrib dia akan menemani isterinya menonton TV sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian. Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan response), Suyatno merasa cukup bahagia bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Suyatno selama lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya sambil membesarkan ke empat-empat buah hati mereka. Sekarang, anak-anak mereka sudah dewasa, tinggal si bongsu yang masih kuliah. Pada suatu hari, ke empat-empat anak Suyatno berkumpul di rumah Suyatno. (Setelah menikah anak-anaknya tinggal dengan keluarga masing-masing.). Anak-anaknya berkumpul dengan niat dan harapan yang baik buat kedua orang tua mereka.

Dengan kalimat yang cukup berhati-hati, anak yang sulung berkata, “Ayah, kami ingin sekali merawat dan menjaga ibu. Semenjak kami kecil kami melihat ayah merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir ayah, bahkan ayah tidak mengizinkan kami menjaga ibu kerana tidak mahu mengganggu pelajaran kami.” Dengan air mata berlinangan anaknya melanjutkan kata-kata…
“Kami mengizinkan ayah untuk menikah lagi, kami rasa ibu pun akan mengizinkannya dan mengerti. Sampai bila ayah mau menghabiskan sisa masa tua ayah, dengan berkorban seperti ini… Kami tak sampai hati melihat ayah bersusah payah… Kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara berganti,” ujar anaknya yang sulung merayu.

Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.
“Anak-anakku… Jika hidup di dunia ini hanya sekadar untuk nafsu, mungkin ayah akan berkahwin lagi. Tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku, itu sudah lebih dari mencukupi. Dia telah melahirkan kalian…” Sejenak kerongkongnya tersekat… “Kalian yang selalu kurindukan, hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaan dirinya seperti ini? Kalian menginginkan ayah bahagia… Apakah batin ayah dapat bahagia dengan meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang? Kalian menginginkan ayah yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dijaga oleh orang lain. Bagaimana dengan ibu kalian yang masih sakit?”
Sejenak meledaklah tangis anak-anak Suyatno. Mereka pun melihat ada butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibu mereka…Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu.

Sampailah akhirnya Suyatno diundang oleh salah satu station TV untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Suyatno. “Kenapa Pak Suyatno mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?” Ketika itu Suyatno menangis… Tetamu yang hadir di studio itu yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru.

Disitulah Suyatno bercerita… “Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai dengan ikhlas kerana Allah maka semuanya akan luntur.
“Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya. Ketika dia sihat dulu, dia juga dengan sabar melayan saya. Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya. Dan dia memberi saya 4 orang anak yang baik-baik. Sekarang dia sakit, berkorban untuk saya… Dan itu merupakan ujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. Apatah lagi dia sakit. Setiap malam saya bersujud dan menangis, saya mengadu kepada Allah di atas sejadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin, hanya kepada Allah lah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya… kerana DIA maha Mendengar…
Kisah Cinta ini dipetik dari Rumahku Syurgaku.
Susah senang bersama:Mengharap Cinta Tulus (Photo ehsan Google)
Suatu kisah cinta yang menyentuh hati. Kesetiaan seorang suami terhadap isteri. Cinta yang bukan sekadar berlandaskan hawa nafsu. Bukan juga Cinta Buta dan Jahil seperti Cintanya Juliet dan Romeo atau Laila Majnun mahupun Uda dan Dara..tapi Cinta Tulus Penuh Ikhlas dalam ikatan pernikahan yang disertakan PENGORBANAN, EHSAN dan KESETIAAN.
 ***********
33 tahun lalu saya menyaksikan sendiri akan kesetiaan dan kesabaran seorang lelaki yang saya panggil Abah, dalam merawat dan menjaga Emak yang lumpuh separuh badan. Emak juga tak boleh berbicara selain mengeluarkan 3 perkataan sahaja: "Allah" ketika dia merasa sangat sakit dan "Abah" atau "Lala" (salah seorang kakak saya)" ketika dia memerlukan apa-apa. Walau abah di uji hanya setahun kerana setelah itu Emak pergi meninggalkan kami buat selamanya, tapi masih terbayang di ruang mata saya bagaimana abah bergelut dalam tanggungjawabnya sebagai seorang ayah yang perlu mencari rezeki dan pada waktu yang sama harus menguruskan semua keperluan emak yang lemah tidak berdaya. Memandikannya, menyuapkan makanan, mendukung emak ke sana ke mari (waktu itu kami tidak punya wheel chair) dan kemudian bergegas pergi ke sekolah (abah seorang guru). Setiap malam sambil memicit seluruh tubuh emak, abah tak lupa bertanya akan hal pelajaran kami anak-anaknya. Setiap hujung minggu dan cuti sekolah abah sibuk menghantar emak berubat di merata pelosok negeri. Saudara mara khususnya dari kaum ibu-ibu yang melihat kesabaran abah menjaga emak sering terharu dan berbisik sesama mereka..."Kalaulah kita sakit seperti itu, apakah suami kita akan sabar dan setia menjaga kita?" Iya, apakah masih ramai lelaki di luar sana yang punya cinta yang tulus setia seperti Suyatno dan 'Abah'. Mungkin satu dalam seribu..atau mungkin juga Seratus dalam Seribu...Wallahualam..Kita tidak tahu..SEHINGGA CINTA ITU DI UJI.

No comments:

Post a Comment

About

My photo
Ukhuwah Teras Kegemilangan

Tuliskan sebarang pertanyaan/ kemusykilan/ masalah anda di sini:

Nama:
Emel:
Soalan Anda:

Get your own free form like this one.