Friday, July 15, 2011

MASJID MANDIRI, MENGAJARKAN PERSATUAN UMAT

Masjid ini sangat unik. Menunaikan solat di masjid ini, anda tidak perlu khuatir akan kehilangan kasut atau selipar. Masjid ini mempunyai program khusus bagi 'para mangsa' yang kehilangan kasut ketika solat. "Kami tidak ingin para jamaah merasa tidak aman ketika sedang solat. Sejak 10 tahun lalu, sudah menjadi komitmen bagi takmir masjid kalau ada sandal hilang maka kami akan ganti yang baru, dengan jenama yang sama. Kalaupun tidak ada jenama yang sama, kami usahakan ganti dengan yang lebih bagus lagi." Kata salah seorang pengurus Masjid.

Hospital kekurangan 'tabung darah'? "Hampir setiap hospital di sini pasti merujuk ke masjid ini untuk mendapatkan penderma. Masjid ini ada unit penderma darah sendiri. Data jamaah masjid sangat lengkap. Tapi tidak semua jamaah mahu diambil darahnya kerana sebahagiannya takut. Mereka mendaftar ke masjid jika memang darahnya ingin di ambil. Paling tidak tiga bulan sekali, darah mereka terambil.

Musafir kehilangan beg dan wang dicuri? Pihak polis akan mengarahkan sang musafir untuk ke masjid ini. "Kami akan membantu semampu kami. Kalau dia benar-benar susah, tidak berbohong, kami akan hantar ke terminal dan belikan tiket. Kepada penjual tiket kami akan meninggalkan pesan agar tiket tidak boleh di tukar ke duit. Kami juga memberi wang saku untuk mereka gunakan sepanjang perjalanan. Inspirasi penginapan untuk musafir datang dari kisah di zaman nabi. "Kami menangis membaca bagaimana orang-orang yang tidak punya tempat tinggal datang dari pelbagai penjuru ke Madinah. Nabi kemudian memerintahkan untuk membangunkan shuffah. Maka dikenallah kemudian ahlussuffah, iaitu orang-orang yang tinggal di serambi masjid. Lalu siapa yang memberi makan kepada mereka? Para sahabat yang membiayai mereka. Jadi kalau musafir datang di masjid ini, takkanlah kita nak usir. Kan zalim sekali namanya. Nabi sahaja, menyuruh mereka yang tidak punya rumah untuk menginap di masjid dan dibangunkan shuffah." Tutur seorang AJK Masjid ini.

Tentang jamaah masjid? Maghrib, Isya', Zuhur, Asar, bahkan Subuh, masjid ini tidak pernah sepi dari jamaah. Masjid ini memiliki jamaah yang setia. Tidak hanya dari para kariah berhampiran tetapi juga dari luar. Maka tidak hairan, nyaris tidak ada sof kosong di setiap sudut masjid. Bahkan seperti 'di kerusi sekolah', sof yang di tempati jamaah selalu diisi oleh orang yang sama (macam dah booked nama). Mereka tahu tempat mereka masing-masing. Kalau tempat mereka di isi oleh orang lain, pasti mereka bingung mencari tempat lain kerana penuhnya jamaah di disitu. Tapi itu menyebabkan hubungan diantara jamaah menjadi akrab. Jika para jamaah mendapati salah satu tempat jamaah kosong sehingga berhari-hari, mereka mula gelisah. Susah hati, jika sesuatu terjadi kepada jamaah yang tidak hadir itu. Ditanya sesama mereka, tidak ada yang tahu. Akhirnya mereka beramai-ramai datang ke rumah jamaah yang tidak hadir itu..ternyata dia sakit. Begitulah kuat sekali hubungan sesama jamaah masjid ini. 

Masjid ini menjadi salah satu masjid contoh. "Peradaban yang paling baik adalah yang berbasis masjid, kerana di sana ada unsur tolong menolong (muawwanah), kasih sayang (ukhuwah) dan kesamaan. Masjid harus menyelesaikan persoalan umat. Kami memastikan tiada anak yatim yang tidak makan di daerah ini kerana masjid akan menyantuni. Setiap jamaah ke masjid membawa satu atau dua genggam beras, sehingga setiap setengah bulan paling tidak masjid dapat mengumpulkan sekitar 300 kg beras dan di bahagi-bahagikan kepada para yatim dan janda. Bahkan jamaah Subuh kini boleh memiliki insurance kesihatan, hanya dengan membawa duit sebanyak 35 sen setiap Subuh. 

Masjid ini memiliki Program Usaha sebagai Masjid Mandiri yang mana aktiviti nya tidak bergantung dari kotak infak sepenuhnya. 35% dana masjid di dapati dari program usaha ini. Duit infak di gunakan untuk modal usaha, bantuan fakir miskin dan pendidikan. Target mereka, tahun ini 100% dana masjid adalah dari usaha. "Masjid ini tidak boleh mengharapkan wang dari infaq sahaja."

Bagaimana dengan strategi mengumpulkan dan menggerakkan Jamaah yang sebegitu ramai? "Pada awalnya, kami buat undangan solat subuh berjamaah. Undangannya bagus...Macam undangan Majlis Perkahwinan. Di dalam undangan itu kami sediakan door prize TV dan di sediakan sarapan. Alhamdulillah sampai sekarang Jamaah Subuh masih tetap dapat susu dan roti. Sebulan sekali kami buat bubur. Setiap solat Jumaat masjid ini menyediakan minuman dari potongan buah jambu. Pada awalnya tidak sedikit yang menolak untuk solat berjamaah. Bukan kerana mereka tidak mahu tapi kerana mereka tidak tahu solat. Alhamdulillah mereka mahu bercerita. Jadi kami kumpulkan sesiapa yang ingin belajar solat di salah satu rumah kariah. Setelah merasa yakin untuk solat di masjid, mereka datang sendiri ke masjid setiap kali waktu solat.Masjid ini tidak condong kepada satu golongan atau kalangan tertentu sahaja. "Kami menyedari untuk menyatukan ummat kalau bukan di masjid di mana lagi. Masjid ini milik umat, bukan milik kelompok tertentu. Walaupun masjid ini di dirikan oleh orang tertentu, semua kelompok kita beri ruang. Jadi, jangan hairan kalau dalam soal fiqh, mereka pun sangat toleransi. Tiada pertelingkahan. Di masjid ini kami bukan sahaja cuba untuk berdikari tapi juga mengajarkan persatuan umat."
Itulah kisah unik sebuah masjid yang bernama Masjid Jogokaryan di selatan Yogyakarta, Indonesia. Mudah-mudahan banyak lagi Masjid-masjid (khususnya dari Malaysia) akan mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Masjid Jogokaryan ini.

No comments:

Post a Comment

About

My photo
Ukhuwah Teras Kegemilangan

Tuliskan sebarang pertanyaan/ kemusykilan/ masalah anda di sini:

Nama:
Emel:
Soalan Anda:

Get your own free form like this one.